Alya Alyssa

Aku Mahu Bergaya

Buku yang hendak saya reviu bertajuk Aku Mahu Bergaya.Ia adalah hasil nukila dan kerjasama dua orang penulis tersohor negara iaitu Ain Maisarah yang lebih mesra dipanggil Kak Ain bersama Haziq Ridzuan yang juga dipanggil abang Haziq.Tema cerita ini adalah persahabatan yang utuh tidak mengira darjat dan pangkat.Watak utamanya bernama Linda .Linda merupakan ahli The Wannababes iaitu kumpulan tergedik dan terkaya seantero Sri Bangsar.Dia menyimpan rahsia yang besar sehingga rakannya sendiri tidak tahu.Sebenarnya dia anak orang yang sederhana dan tinggal di rumah setinngan berlubang.Buku ini sangat menarik untuk dibaca semua lapisan kaum.Saya amat suka jalan ceritanya kerana ia bayak memainkan emosi dan sangat sesuai dengan kehendak remaja kini.Babak yang paling meninggalkan kesan adalah apabila Linda ditangkap mencuri si sebuah pasaraya terkemuka.Ia mengajar saya supaya jangan sesekali mencuri kerana buruk padahnya di kemudian hari.Saya juga agak terkejut apabila The Wannababes mempunyai jenama mereka sendiri hanya kerana Linda.Oleh itu, pengajaran yang saya dapat daripada buku ini adalah janganlah mengira harta untuk dijadikan kawan sebaliknya lihatlah hati budinya. Saya menyarankan agar semua orang membaca buku ini tidak kiralah kaum dan agama berlainan.Dengan penambahan kaver buku sangat berwarna -warni saya memberi 10 bintang pada buku ini.

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!