Aku Mahu Adik Manja, karya Kak Ain Maisarah, Kak Jumie Jain dan Abang Azanil Fitri daripada anak syarikat PTS, penerbitan Blink Book merupakan satu kisah yang mengayat hati. Pembaca hendaklah untuk menyediakan sekotak tisu (dan tisu basah juga kerana takut hingus meleleh disebabkan menangis), suasana yang membolehkan pembaca membaca tanpa gangguan seperti di bilik tidur sendiri atau perpustakaan dan pastinya, bahan bacaan itu sendiri iaitu buku Aku Mahu Adik Manja!


Novel ini mengisahkan pengorbanan seorang anak kepada seorang ibu, kakak kepada seorang adik. Watak utamanya, Manjalara atau lebih dikenali sebagai Manja merupakan gadis biasa berumur 17 tahun. Sering dibuli tanpa belas kasihan oleh The Wannababes yang gedik tidak terhingga!


Perkembangan cerita ini dimulakan dengan ibu Manja dimasukkan ke hospital dan adiknya, Adik Man yang masih kecil ditinggalkan tanpa penjaga. Manja ke sekolah dengan meninggalkan Adik Man seorang diri di rumah. Ketika pulang ke rumah, terbuktilah tanpa disangkal lagi pengorbanan Manja terhadap adiknya yang hilang entah ke mana. Mujur dijumpai kembali. 


Garapan novel ini bertambah menarik dengan kehadiran The Wannababes yang membantu Manja menyorok Adik Man di sekolah! Di samping menangis bercucuran air mata, pembaca juga dijamu selera dengan keletah Adik Man yang kelakar dan sisi The Wannababes yang tidak pernah dilihat orang.


Kemuncak cerita memerlukan tisu kerana di sini, meninggal dunianya seorang ibu yang meninggalkan dua orang anak tanpa penjaga. Tidak lupa juga, misi menyorokkan Adik Man terbongkar! 


Pengakhiran cerita ini memang tak disangka. Terkejut sungguh saya ketika membacanya. Kalau pembaca mahu tahu, perlulah membaca Aku Mahu Adik Manja ini! Berbaloi saya membelinya kerana novel ini merupakan novel seribu satu, mempunyai nilai, sedih tidak terhingga dan unsur-unsur kelakar. 


Saya menggesa semua lapisan masyarakat agar memiliki novel ini kerana kita dapat rasa kesusahan seorang gadis menjaga adiknya setelah ibu bapanya meninggal. Saya rasa bersyukur dengan nikmat yang saya dapat dalam kehidupan. 


Sesungguhnya, Tuhan tidak akan membebankan hambanya dengan ujian yang hambanya tidak mampu untuk hadapi. Terbuktilah bahawa Manja merupakan kakak yang tabah, kuat dan penyayang. Semoga kita mempelajari nilai-nilai kehidupan daripada novel ini. 


Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!