Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


INGIN MENGENALI RASULULLAH S.A.W. DENGAN LEBIH DEKAT?

INGIN MENGETAHUI AKHLAK NABI MUHAMMAD S.A.W.?

INGIN MENGETAHUI CARA IBADAH RASULULLAH S.A.W.?

BUKU [PTS JUNIOR] 101 INFO SERONOKNYA MENGENAL RASULULLAH ADALAH JAWAPANNYA!


Buku 101 info seronoknya mengenal rasulullah adalah sebuah buku keluaran pts junior yang sangat menarik dan padat dengan pelbagai kisah berkaitaan dengan kehidupan rasulullah s.a.w. Buku ini dapat menambah pengetahuan anak-anak mengenai siapa rasulullah s.a.w. dan mengapa rasulullah s.a.w. perlu dicontohi.

"TAHUN GAJAH, TANDA KENABIAN, PERMULAAN DAKWAH, WAHYU TERAKHIR"

Buku ini mengandungi 101 informasi ringkas mengenai rasulullah s.a.w. bermula dari kelahiran sehingga kewafatan baginda. Sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur sama ada kanak-kanak, dewasa ataupun golongan tua. Walaupun buku ini hanya menyediakan info ringkas, namun ia dapat membantu kita untuk mengenali rasulullah s.a.w. dengan lebih dekat. Ia adalah buku yang pertama untuk anda miliki sekiranya anda ingin mencintai baginda. "KENAL UNTUK CINTA"

JANGAN kata buku ini hanya sesuai kepada kanak-kanak sahaja! Tidak semua dari kita mengenali rasulullah s.a.w. Mungkin kita hanya sekadar mengenali namanya, tapi tidak pada akhlak dan peribadinya yang lebih baik dan sesuai untuk dijadikan panduan sepanjang hayat. Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik manusia.

Ilustrasi yang cantik dan berwarna-warni didalam buku ini turut membantu pembaca untuk memahami dan mempelajari kisah hidup rasulullah s.a.w. dengan lebih menyeronokkan terutama sekali bagi kanak-kanak yang dalam proses pembesaran. Ibubapa, abang dan kakak turut tertarik dengan lukisan yang comel didalam buku 101 info seronoknya mengenal rasulullah.

Pada bahagian aktiviti nampak tidak ada kaitaan dengan buku 101 info seronoknya mengenal rasulullah. Ia sepatutnya di isi dengan sesuatu yang bermaanfaat.

Jangan lupa dapatkan buku 101 info seronoknya mengenal rasulullah keluaran pts (pts junior) di kedai buku berhampiran anda segera.


"ULASAN BUKU 2016 "101 INFO SERONOKNYA MENGENAL RASULULLAH" OLEH ASYRAFIE"

Mari menulis reviu buku PTS dan menang duit raya RM 100 dan beratus lagi hadiah untuk dimenangi.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!