Muhammad Baqir

Misi 4 Flat

Misi 4Flat ialah karya dua beradik iaitu Nazry Salam Feeqry dan Afiq Salam Feeqry yang diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd. pada tahun 2015 . Komik ini merupakan karya keenam dalam siri komik misi yang selalu laku keras di pasaran . Komik ini menceritakan perjalanan hidup dua sahabat di alam universiti yang dipisahkan dua benua kerana minat yang berbeza .

Fizi merupakan seorang pelajar yang menutut di salah sebuah universiti tempatan yang berminat untuk menyertai Program Angkasawan . Namun , untuk menyertai program tersebut , Fizi perlu memperoleh keputusan 4Flat di dalam peperiksaan semestarnya. Untuk memperoleh keputusan itu amatlah mustahil baginya kerana salah seorang pesyarahnya, Professor Akar hanya mengajar melalui konferens video. Belum pernah ada pelajar professor tersebut yang mendapat gred A dalam sunjek beliau.

Mat pula merupakan pelajar Malaysia yang berjaya mendapat tajaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Massachusetts Institute of Technology(MIT), Amerika Syarikat. Menuntut ilmu di perantauan bukanlah mudah kerana ia mempunyai cabaran dan halangan tersendiri. Mat perlu berhadapan dengan pesyarahnya yang Islamofobik. Hal ini memberi tekanan kepadanya kerana penyarah tersebut sentiasa menngagalkan pelajarnya yang beragama Islam .

Ironinya , setiap masalah pasti akan ada jalan keluarnya, begitu juga dengan situasi yang dihadapi oleh dua sahabat ini. Kimi telah berjaya menyelsaikan kekeliruannya dalam pelajaran dengan belajar daripada orang yang dikatakan gila yang berada di kawasan kampusnya. Warga kampus memulaukan orang tersebut kerana dianggap tidak siuman, namun bagi Kimi banyak yang telah dipelajarinya dengan orang tersebut. Mat juga memperoleh solusi terhadap kemelut dengan pesyarahnya yang Islamofobik itu . Pensyarahnya akhirnya menerimanya sebagai pelajar Muslim kerana Mat melindungi aktiviti keganasan yang dilakukan oleh anak pensyarah tersebut untuk menjaga nama baik dan reputasi pesyarahnya. Kedua dua peristiwa ini mengajar saya bahawa tanggungjawab pelajar universiti bukan sahaja mengejar gred yang cemerlang tetepi perlu memberi sumbangan kepada masyarakat sekitar seperti aktiviti sukarelawan. Selain itu , aktiviti keganasan juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama, atau warna kulit.

Komik ini berjaya menarik tumpuan saya untuk menyelak setiap helaian dengan penuh keterujaan. Efek-efek yang digunapakai dalam komik ini telah menjadikan perasaan dan watak tersebut dapat disampaikan dengan jelas. Tambahan pula , komik yang berwarna ini juga menjadi faktor tarikan komik ini. Selain itu , plot penceritaan ini telah digarap dengan begitu rapi daripada permulaan cerita sehingga pengakhiran komik ini . Akhir kata , saya amat rekomen buku ini sebagai bahan bacaan yang amat berbaloi untuk dibaca.

Semua Orang Adalah Pemenang!

Sertai Peraduan Ini

Baca syarat-syarat, cara menyertai & hadiah yang boleh dimenangi

Dapatkan buku-buku PTS, Komik-M, PTS Junior, Tunas Super, Blink Book, Blank Book di kedai-kedai buku berdekatan anda dan tulis reviu sekarang!