Certot

ZARA SAYANG KAKAK

Hasil nukilan Bahruddin Bekri3 years agoFiksyen 104

Penulis : Farah Elisha binti Mohamad Bahruddin


    Sudah dua hari Zara demam. Ibu pergi kerja. Kakak pula jaga Zara. Kakak buat susu untuk Zara. Kakak rasa sedih lihat Zara sakit. Zara tidak mahu main dengan kakak. Kakak mahu Zara cepat sembuh. Ibu bawa kakak dan Zara pergi klinik. 

    Semasa dalam perjalanan ke klinik, Zara jumpa budak miskin. Namanya Khaira. Umur Khaira tujuh tahun. Zara rasa sangat kasihan dengan Khaira. Khaira lapar. Zara beri Khaira roti. Khaira sangat gembira. Ustaz kata kalau Zara derma pada orang miskin, Allah akan sayang Zara. Kakak juga derma duit pada Khaira. Allah pun sayang kakak juga. Ibu gembira melihat kakak dan Zara derma pada orang miskin. 

    Sampai di klinik, Zara jumpa Doktor Alya. Doktor sangat baik. Doktor bagi Zara gula-gula. Doktor kata Zara mesti makan ubat. Zara jangan takut makan ubat. Kalau Zara makan ubat, Zara akan cepat sembuh. Zara dengar nasihat doktor. Zara tidak mahu ibu dan kakak sedih lihat Zara sakit. Ibu berjanji akan bawa Zara ke taman permainan kalau Zara sudah sihat. 

     Pada keesokan harinya, Zara sudah sihat. Ibu bawa Zara ke taman permainan. Ada banyak permainan di situ. Ada gelongsor dan buaian.  Zara jumpa ramai kawan di sana. Sepupu Zara, Rayyan dan Sofia juga ada di sana. Zara sangat seronok bermain dengan mereka.

     Sebelum pulang, zara dan keluarganya pergi ke restoran. Makanan kegemaran Zara ialah sayur. Kakak pula suka makan ayam goreng. Cikgu kata sayur baik untuk kesihatan. Sayur adalah makanan berkhasiat. 

    Zara sudah sampai di rumah .Sebelum tidur, kakak akan baca buku cerita untuk Zara. Zara suka dengar cerita. Puteri dan Ahli Sihir.

   Keesokan harinya. Kakak buat kejutan untuk Zara. Sambutan hari jadi Zara. Kakak beri hadiah komik Upin dan Ipin. Zara peluk kakak tanda terima kasih. 

   Zara hanya ada seorang kakak sahaja. Kakak Zara ialah kakak yang terbaik di dunia. Zara adalah anak emas ibu dan ayah. Anak emas ialah anak disayangi semua. Zara sangat gembira ibu, ayah, dan kakak sangat sayang pada Zara.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: