Certot

You are My Superhero

Hasil nukilan Siti Soleha 2 years agoSuperhero 33

Jam hampir menunjukkan pukul 9.00 malam, namun masih belum lagi kelihatan kelibat papanya, iaitu Encik Zaril dan mamanya, Puan Shahirah.

“Kakak, mana papa dan mama ni? Syuhada dah mengantuk sangat dah ni,” tanya adik Zulaika iaitu Syuhada.

“Sabarlah sayang, nanti papa dan mama baliklah tu,” jawab kakaknya ringkas bagi memujuk adiknya untuk bersabar.

Sebenarnya, tujuan Syuhada ingin menyambut kepulangan papa dan mamanya bukan sekadar hanya biasa. Tetapi ada tujuannya seperti ada udang disebalik batu. Dia ingin mengajak papa dan mamanya pergi bercuti memandangkan cuti sekolah akan bermula pada esok hari.

Syuhada tetap menahan matanya daripada terlelap kerana ingin menyatakan niatnya yang berada di hati itu.

Tok! Tok! Tok! 

“Assalamualaikum.” Kedengaran Encik Zaril dan Puan Shahirah memberi salam terhadap anak- anaknya yang berada di rumah. 

Lantas anak bongsunya Syuhada berlari ke arah pintu untuk menyambut kepulangan mereka berdua.

Setelah bersalam dan mencium tangan kedua ibu bapanya, dia terus menanyakan soalan yang bermain di fikirannya

“Papa, mama, boleh tak kalau Syuhada mencadangkan kita bercuti esok hari?” tanya Syuhada dengan nada manjanya. Lagipun esok, kedua-dua ibu bapanya cuti. 

Dengan tiba-tiba Zulaika menyampuk, “Bolehkan, papa?” Kelihatan kedua-dua anaknya teruja ingin mengetahui keputusan papanya tersayang.

Setelah beberapa minit papanya berfikir panjang, barulah papanya mengumumkan keputusannya. “Baiklah, papa mengambil keputusan untuk kita berkelah di Port Dickson pada esok hari.” 

Keputusan papanya amat menggembirakan kedua-dua anak perempuannya. Apatah lagi, isteri tercintanya.

Papanya memberi sedikit sebanyak taklimat kepada anaknya sebagai peringatan atau panduan.

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Mereka sekeluarga masih belum lagi tidur kerana masing-masing masih sibuk mengemas barangan yang ingin dibawa berkelah esok di Port Dickson. Hampir pukul 10.30 malam barulah mereka sekeluarga tidur.\

*****

 Keesokan paginya….

Mereka bertolak pada pukul 8.30 pagi dari Cheras ke Port Dickson. Hampir dua jam barulah sampai ke tempat yang mereka ingin berkelah. Setelah menyewa vila berhampiran pantai untuk dijadikan tempat tinggal sementara, Puan Shahirah telah pun memilih tempat yang redup dan sesuai untuk berkelah lalu menghidangkan makanan. Manakala Zulaika dan Syuhada pula bermandi-manda dan bermain bola sementara menunggu mamanya menghidangkan makanan.

Tiba-tiba seorang gadis perempuan menjerit, “Tolong! Tolong! Tolong!” Suara yang menjerit itu jelas kedengaran dan mencuri perhatian orang ramai. 

Rupanya seorang gadis lemas kerana hampir tenggelam ke dalam dasar lautan Port Dickson tersebut. Namun, dengan segera papa kepada dua orang anaknya Zulaika dan Syuhada telah pun berusaha mencuba menyelamatkan gadis tersebut.

 Dalam masa beberapa minit, papa dan mangsa tersebut telah timbul kembali di dasar laut dan berenang-renang ke arah kawasan darat untuk cuba menyedarkan mangsa tersebut. Dengan usaha dan tawakal papa, alhamdulillah mangsa tersebut telah pun sedar selepas menerima bantuan pernafasan daripada ahli keluarga mangsa tersebut. 

Dengan itu, hampir keseluruhan pelancong, pekerja dan sebagainya bangga terhadap Encik Zaril yang berani menyelamatkan seorang gadis yang hampir lemas di tempat yang amat dalam.

Langsung keluarga Encik Zaril dijulang megah kerana pertolongan yang amat dibanggakan itu.

Keluarga mangsa tersebut sungguh menghargai jasa papanya iaitu Encik Zaril dan mengucapkan terima kasih banyak-banyak dan ingin memberikan habuan kepada beliau. Namun, Encik Zaril berkata, “Tidak mengapa, saya ikhlas membantu anda sekeluarga.” 

Langsung keluarga mangsa berkata, “ Sungguh mulianya encik. Kalau begitu, saya doakan encik semoga murah rezeki sekeluarga dan panjang umur.” Encik Zaril hanya mampu tersenyum dan mengaminkan doa keluarga itu sahaja.

Sebagai seorang isteri dan anaknya, mereka turut bangga terhadap papa tersayang mereka. Syuhada dan Zulaika amat gembira dengan papanya apatah lagi isterinya iaitu Puan Shahirah, mereka serentak sekeluarga berkata, “You are my superhero!”

Sungguh bangga sekali mereka sekeluarga.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: