Certot

You Are My Hero

Hasil nukilan Mimi 2 years agoSuperhero 139

             

Suasana sunyi sepi memenuhi sebuah wad bersalin kelas A. Ibuku sedang baring di atas katil yang disediakan oleh pihak hospital. Ayahku setia menunggu ibuku yang sedang menanggung kesakitan. Mereka berdua sedang menunggu kedatangan doktor dan jururawat. Setelah lima minit menunggu, ibuku meraung kesakitan. Katanya, sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

  Ayahku segera bangun dari kerusi untuk memanggil doktor. Doktor dan jururawat berlari-lari dengan pantas menuju ke wad ibuku sambil membawa peralatan membedah. Apabila tiba di wad, operasi pun dimulakan.

  Tepat jam pukul 11.00 malam, aku dilahirkan. Suara tangisan merdu menghiasi jiwa ayahku. Selepas selesai memandikan aku, ayahku memeluk erat badanku dan menciumku berulang kali. Akhirnya aku dinamakam Mohamad Nazim Bin Othman. Kedengaran suara ketukan pintu. Pintu dibuka dan seorang doktor bertubuh gempal dan berkulit gelap masuk ke dalam wad.

  Dia mengesahkan bahawa aku menghidap penyakit biliary atresia. Katanya lagi, penyakit biliary atresia ialah satu penyakit yang tidak mempunyai sistem hempedu luar dan menyebabkan bayi itu mengalami kuning atau jaundis yang berpanjangan. Punca penyakit tak dapat diketahui dengan pasti. Namun, ada teori yang mengatakan bahawa ia terjadi disebabkan oleh sistem hempedu luar telah diserang oleh antibodi badan pesakit. Tanda-tanda penyakit biliary atresia ialah seseorang bayi itu akan menghadapi simptom simptom seperti berikut:

*Masalah penyakit kuning atau jaundis

*Najis yang berwarna pucat

*Air kencing bayi akan berwarna kuning pekat

*Kerap menangis

*Seseorang bayi itu sukar tidur lena

*Pembesaran hati dan limpa

  Katanya lagi, hanya ada satu pembedahan yang boleh memulihkan penyakit ini. Tetapi kosnya sangat tinggi, sekitar RM70,000. Lagi satu, pembedahan ini tak terdapat di Malaysia, hanya ada di negara China. Pembedahan ini perlu dilakukan secepat mungkin kerana semakin lama penyakit ini akan merebak.

  Ayahku terpinga-pinga mendengar kata-kata doktor itu. 

*****

Keesokannya, ayahku hanya memikirkan bagaimana mahu mendapat duit sebanyak itu?

“Abang, sudah-sudah lah tu, nanti kita bincanglah dengan mak,’’ pujuk ibu.

“Awak tak kesian ke tengok anak kita macam ni?’’ Nada suara ayah kedengaran sedih.

‘’Apa kata kalau kita meminta derma?’’ cadang ibu.

“Hmm boleh juga,” jawab ayah.

*****

  Setelah 14 hari menunggu, tabung derma cukup RM70,000, akhirnya hari ke-23, tabung derma cukup RM 70,000. Ayah dan ibu pun memutuskan untuk menempah kapal terbang syarikat Air Asia ke negara China. Tanggal 26 Disember kami pun bertolak ke negara China. 

Setelah lima jam di dalam kapal terbang, aku selamat sampai ke negara China. Suasana sejuk mula mencengkam hingga ke tulang. Ayahku menyewa teksi dan terus menuju ke Hospital Pakar Bedah Guangzhou, China.

  Aku diletakkan di wad A2. Keesokannya, tepat jam 11.00 pagi waktu Malaysia, operasi dimulakan. Ibu dan ayah tidak dibenarkan masuk ke bilik pembedahan. Setelah empat doktor pakar bedah dari seluruh negara China bertungkus-lumus, akhirnya selepas sembilan jam, pembedahan berjaya dilakukukan. Ayahku membayar kos pembedahan dengan wang hasil dermaan orang ramai. Selepas pulang dari hospital, ayahku mencari hotel yang sesuai untuk kami menginap.

*****

“Dah alang-alang ada di luar negara ini, baik kita terus melancong je sebab Azim pun dah sembuh,” cadang ayah.

“Kalau macam itu, apa kata kalau kita esok pergi Tembok Besar?” cadang ibu.

  Aku menginap di sebuah hotel The Regency Hotel. Harga sewaan untuk satu malam ialah 523.21 Yuan. Keesokannya, ketika jam 8.00 pagi waktu Malaysia, ayahku menahan teksi untuk ke Tembok Besar. 

Setelah dua jam perjalanan, aku pun selamat tiba di Tembok Besar. Suasana sejuk hingga ke tulang mulai terasa. Maklum sahaja, kerana negara China berada di kawasan Asia Timur. Melihat tembok yang terpanjang dan tebesar di dunia ini memang dapat menenangkan diri. Dengan dikelilingi oleh hutan-hutan yang hijau terbentang, serta suhu yang sejuk hingga ke tulang menjadikan tempat ini tempat yang paling damai di dunia.

  Balik dari Tembok Besar, kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Ayah membayar kos kapal terbang dan balik ke Malaysia, bumi bertuah. Setelah lima jam perjalanan, akhirnya aku telah selamat sampai ke Malaysiah. Ayah mengambil kereta dan terus memecut laju ke rumah.

*****

Enam tahun berlalu.

 

 

    “Uweek! Ibu, tak nak sekolah.’’ Tangis aku sambil menendang pintu tadika yang merupakan pintu kayu. Semasa aku menangis, datang seorang guru yang jelita duduk di sebelahku.

“Adik janganlah menangis. Kat tadika, seronok ada ramai kawan, boleh belajar, main. Nama adik siapa?” tanya Cikgu Murni.

“Nazim,’’ sambutku perlahan.

“Ini cikgu bagi kertas, warnalah cantik-cantik,” kata Cikgu Murni.

“Baiklah,” jawabku sepatah.

    Semasa aku mewarna, kelihatan kelibat berbaju hitam di tingkap tadika. Apabila tingkap itu dibuka, barulah kelihatan wajah ayahku yang sedang menunjukan gerak-geri seperti sedang mewarna. Ayahku juga bersama dengan seorang kawannya, Mat Lontong.

Jam telah menunjukkan pukul 12.00 tengahari menandakan waktu balik.bIbuku setia menunggu di luar pintu pagar tadika.

    Ibuku keluar lalu menjemputku masuk ke dalam kereta. 

*****

Aku sampai di rumahku yang terletak di Batu Gajah. Semasa sedang makan tengah hari, ayahku berkata, “Nanti lepas makan tolong cuci kereta,” ayahku menyusun kata dengan penuh sopan.

“Kereta ayah, ayah sendirilah yang basuh!’’ jawabku dengan nada kurang ajar.

“Budak-budak sekarang…,” keluh ayahku.

  Setelah selesai makan, ayahku memanggilku, “Nanti ikut ayah pergi rumah nenek’.’

“Malas nak ikut. Ayah pergilah,’’ jawabku selamba.

“Tak nak ikut sudah!” kata ayah, lalu terus menghidupkan enjin kereta dan pergi.

    Selepas ayah berlalu pergi, ibu memanggilku dan mengajakku masuk ke dalam bilik yang berpenghawa dingin.

“Kenapa kamu ini kurang ajar sangat? Kamu tahu tak dahulu, masa kamu bayi, kamu menghidap penyakit biliary atresia kamu. Ayah kamu sanggup meraih simpati orang ramai semata-mata nak mengumpul dana untuk pembedahan kamu! Kalau kamu tak menjalani pembedahan tu, kamu tak hidup sampai sekarang!” kata ibu.

‘’Kenapa ibu tak bagitahu adik dari dulu?’’ kataku.

  Ibu berasa geram dan terus ke dapur untuk membuat minuman teh. Tidak tahu yang mahu di jawab agaknya. Aku pun keluar dari bilik dan duduk di atas sofa. Tak semena-mena, ayah balik ke rumah. Sebaik sahaja ayah keluar dari kereta, aku langsung memeluk ayah.

‘’Eee,a pa ni gelilah,” kata ayah.

‘’Ayah, maafkan adik sebab selama ini adik selalu kurang ajar dengan ayah. Lepas ini, adik akan jadi budak yang baik,’’ kata aku.

“Oh anakku,” kata ayah.

“Ayah, you are my hero,” kata aku bersemangat sekali. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: