Certot

You Are My Awesome Father!

Hasil nukilan NasSaby 2 years agoSuperhero 65

Lynn Kamilia menyalami ibunya dengan lembut. Puan Maria, ibunya terpaksa pulang ke kampung kerana nenek Lynn sakit. Oleh kerana waktu itu Lynn masih bersekolah di SK Seri Kenangan, ibunya mesti pulang sendirian agar dia tidak ketinggalan pembelajaran di sekolah.

“Lynn, kamu tinggal dengan ayah. Lagipun mama tidak lama pun berada di kampung. Hanya dua minggu. Nanti mama akan pulang ya,” jelas ibunya sambil mengusap kepala anaknya agar dapat memujuk anak kesayangan itu. Maklumlah anak tunggal. Lynn akur akan arahan ibunya.

Puan Maria tersenyum. Lekas dia mengambil beg dan mencapai kunci kereta lalu menghidupkan enjin.

Goodbye, sayang. Take care ya!” ucap ibunya sambil melambai dan memandu pergi.

                                                *****

‘Sudah 12 hari berlalu. Lamanya mama berada di kampung,’ rungut hati Lynn sambil termenung ke arah televisyen yang menayangkan cerita kartun walhal dia sedikit tidak menontonnya.

Encik Zharif yang perasaan akan keadaan anaknya segera menegur.

“Lynn, kamu okey?” kata ayahnya sambil melabuhkan punggungnya ke sofa empuk. 

“Em… baik sahaja,” jawabnya ringkas. Tiba-tiba bau hangit menusuk hidungnya.

“Ayah, bau apa ini?” kata Lynn sambil segera menoleh kepalanya ke arah dapur.

“Alamak, kek!” ucap ayahnya sambil bergegas ke dapur.

‘Hah! Mengapa ayah membakar kek pula? Sebelum ini, tidak pernah pun ayah membakar kek.’ Hatinya mula bertanda soal.Lynn menyusul ayahnya ke dapur.

Encik Zharif membuka ketuhar dan asap hitam berkepul-kepul keluar memyebabkan batuk. Dikebas tangannya yang bersarung lalu mengeluarkan loyang kek. Lynn yang melihatnya ketawa berdekah-dekah. Encik Zharif kehairanan.

“Mengapa?” soal Encik Zharif sehinggakan berkerut dahinya.

Lynn mengambil cermin muka yang berhampiran lalu diserah kepada ayahnya. Setelah menilik mukanya, Encik Zharif turut gelak sama kerana muka menjadi hitam tetapi yang cerah hanyalah matanya kerana Encik Zharif memakai cermin mata.

                                                      *****

Dua hari berlalu….

Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukkan bertalu-talu pada waktu malam di pintu.

“Sebentar ya!” Lynn membalas. Dibuka pintu rumahnya. Alangkah terperanjatnya dia apabila wanita yang berumur 40-an itu berada di hadapan matanya.

“Mama!” Lantas Lynn memeluknya. Baru sahaja ingin melepaskan rindu yang terperangkap di hatinya, rumahnya tiba-tiba gelap gelita.

“Ayah!Dimana ayah?”jerit Lynn.Ibunya pun turut tercari-cari suaminya.

“Happy birthday to you….” Nyanyian bergema di segenap ruang tamu di rumahnya. Nyanyian tersebut dinyanyi sehingga habis. Lynn meniup lilin yang menyala. Dia sangat teruja kerana kek yang dihidangkan adalah kek kegemarannya, kek coklat!

Suis lampu ditekan oleh ayahnya. Kek diletakkan di atas meja.

“Lynn, tahu tak?” kata ayahnya sambil tersenyum dan ibunya juga.

“Apa?” ucap Lynn yang teringin hendak tahu.

“Kek ini ayah yang buatkan khas untuk Lynn.”

“Oh ya. Patutlah hari itu ayah buat kek. Tapi tak jadi!”

“Yup! Because practice makes perfect. Ayah berlatih sehingga menjadi,” kata Encik Zharif sambil menggaru kepala kerana kesilapannya pada tempoh hari.

“Ayah, terima kasih sebab buatkan Lynn kek ini untuk Lynn,” ucap Lynn gembira. Encik Zharif tersenyum lalu berkata.

“Sama-sama, Lynn Kamilia.”

Encik Zharif menyerahkan sekotak hadiah berwarna coklat bercorak belang berwarna merah jambu. Lynn mengambilnya lalu didakap dengan teruja.

“Ayah, You A My Awesome Father ! Ayah juga adalah hero terbaik kerana tidak pernah berputus asa untuk membahagiakan saya,” ucap Lynn lalu menyalami ayahnya 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: