Certot

You Always The Best, Father!

Hasil nukilan Musyirah Razali 2 years agoSuperhero 3

“Abah, abah, bolehlah abah! Syai nak pergi funfair itu! Bolehlah! “

“Tidak boleh! Kan Abah dah cakap, tempat itu berbahaya! Kalau hilang, macam mana? susahkan abah dan ummi sahaja “ 

“Abah selalu tak bagi kebebasan dekat Syai! Syai dah umur 13 tahunlah abah! Syai boleh jaga diri! Hmm! Syai benci Abah!” jerit Syai atau dikenali sebagai Syaihirah menutup pintu bilik ayahnya dan berlari ke tangga.

“Astagfirullahalazim! Syai, Syai,” ujar ayahnya dengan pening memikirkan anak bongsunya itu.

” Syai! Kenapa jerit kat Abah?! Syai kan tahu, abah itu ada penyakit jantung. Kalau Abah meninggal, siapa yang mahu sara kehidupan kita sekeluarga? Jangan nak derhaka kat abah, Syai!” ujar kakak sulungnya yang bernama Syaiminah dengan perasaan yang geram.

“Sudahlah! Kak Ina pun sama sahaja macam abah! Tidak pernah bagi Syai kebebasan! Syai benci Kak Ina dan Abah!” jerit Syai hingga membuatkan Ina mahu menampar adiknya sendiri!

Syai berlari pergi ke biliknya sendiri setelah terserempak dengan kakaknya. Dia hampir menitiskan air mata, tetapi berjaya menahannya. Dia menutup pintu biliknya dengan kuat sehingga boleh dengar dari bawah.

“Syai benci semua orang! Syai benci, benci, benci!” Akhirnya, air mata yang berjaya untuk tidak jatuh pada mulanya, jatuh juga.

“Kalau semua orang benci dekat Syai, baik Syai pindah dari rumah ini! Baik Syai duduk di rumah Fasha jika begitu. Syai tak mahu duduk di rumah ini lagi!” Kata Syai dengan tekad yang membara. Lalu, dia pun mengemas barang-barang untuk pergi ke rumah Haslinda. 

*****

Tepat pukul 12.00 malam. Inilah masanya! Syai menuruni tangga dengan perlahan dan berjaya keluar senyap-senyap dari rumahya ketika semua orang sedang dilayan mimpi.

“Assalamualaikum, assalamualikum. Linda, oh Linda. Syai ni. Aku nak tumpang tidur rumah kau boleh?” kata Syai dengan suara yang senyap bagaikan sedang berbisik.

“Waalaikumussalam. Oh Syai. Apa? Kau nak tidur rumah aku? Boleh je. Mesti seronok kan? Eh, masuklah, masuklah,” ajak Haslinda dengan sopan. Syai pun masuk lalu berjumpa dengan ibu bapa Linda.

“Eh, Syai. Kenapa datang rumah pakcik malam-malam ni?” tanya ayah Linda yang dikenali sebagai Pak Cik Hassan.

“Oh, Syai datang sebab nak tumpang tidur. Syai dah minta izin dengan ummi dan abah dah,” kata Syai dengan sedih sedikit kerana terpaksa menipu ayah Haslinda yang baik dengannya.

“Oh. Begitu. Eh, jemputlah makan biskut ini. Mak Linda yang buat tau! Sedap!”

“Oh, tidak mengapalah pak cik. Syai nak masuk tidur dulu boleh?” kata Syai.

“Jemput, jemput,” ucap Pak Cik Hassan sambil tersenyum.

*****

Keesokan paginya,

“Syai, sebenarnya, aku nak bagitahu kau sesuatu. Malam ini, kami sekeluarga mahu balik kampung. Kau tidak boleh ikut. Sebab pak cik aku tidak kasi. “

“Oh, tidak mengapa. Aku akan pergi sekarang. Terima kasih kerana sudi tumpangkan aku.”

“Sama-sama. Hati-hati tau! “

Syai berjalan keliling bandar sehingga malam. Perutnya berasa lapar dan ketakutan. Dalam hatinya, tiada tempat untuk dia tidur. Jadi, dia tidur di tepi lorong dekat dengan pasar. 

“Hai adik. Adik nak ikut kami tak? Kami boleh jadi kawan adik,” ujar dua orang samseng di situ sambil mendekati Syai dan memegang tangannya.

“Tak mahu! Lepaskan aku! Aku mahu balik rumah! Abah, tolong Syai!” jerit Syai dengan kuat.

“Shh, senyaplah! Kalau kau tidak senyap, tahulah nasib kau!” kata salah seorang samseng itu sambil memegang pisau. 

Syai tetap menjerit dan berdoa dalam hati. Tiba-tiba, dia mendapat akal. Dia berjaya keluar daripada bawah kaki salah seorang samseng itu. Dia berlari sambil menjerit. Tiba-tiba, sebuah kereta berwarna hitam berhenti. 

“Abah, abah, abah,” ujar Syai sambil menangis.

“Syai? Hoi! Apa kau buat pada anak aku, hah?” ujar ayah Syai lalu membelasah dua orang samseng itu.

“Syai, Syai tidak apa-apakah? “

“Abah! Syai sayang abah! You Are The Best, Father!” ujar Syai sambil memeluk ayahnya.

“Abah pun sayang Syai!” Kedua-duanya nangis dan pulang bersama-sama.

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: