Certot

Kek aiskrim

Hasil nukilan Nur Hidayah 3 years agoFiksyen 37

    Misya seorang kanak-kanak yang berbakat. Selain itu, Misya juga gemar akan kek aiskrim. Suatu hari, sekolah Misya telah menganjurkan pertandingan membuat kek. Pemenang pertama akan mendapat wang, trofi, dan sijil. Misya mula terfikir untuk memasuki pertandingan itu. Dia berfikir mungkin jika dia menang, duit yang dia dapat itu boleh membantu keluarganya yang hidup susah. Misya pun mendaftarkan diri ke dalam pertandingan itu. Sebelum hari pertandingan, Misya pun membeli bahan-bahannya menggunakan duit tabungnya.

“Hmm, ok semua barang dah ada,” kata Misya.

Kemudian Misya termenung seketika. Dia teringat sewaktu dia membeli bahan-bahan untuk membuat kek aiskrim. Dia merasakan ada orang yang mengekorinya. Dia kemudian segera tersedar daripada lamunannya dan terus menyusun bahan-bahannya.

~~~~~~~~~~~

Misya membawa semua bahan-bahan untuk membuat kek aiskrimnya di dalam sebuah kotak. Pada hari pertandingan, Misya dilanggar oleh sekumpulan budak lelaki yang nakal. Separuh daripada bahan-bahan untuk membuat kek aiskrimnya sudah jatuh ke dalam longkang. Misya mula panik. Apa yang harus dilakukannya?

“Alamak, habislah aku macam mana aku nak buat kek nanti?” soal Misya.

Tetapi, dia tetap tiada pilihan.Dia terus mengatur langkah ke sekolah dengan wajah yang sugul.

Setibanya dia di sekolah, semua peserta sudah berada di khemah masing-masing.

Misya pun mengambil tempat di khemahnya. Namun, ketika dia sampai di khemahnya dia melihat semua bahan yang diperlukan sudah pun ada.

“Eh, macam mana boleh.” Kata-kata Misya terhenti .Dia bagai tidak percaya. Dia kini mempunyai semangat untuk memenangi pertandingan itu.

“Baiklah semua, bersedia?” soal pengadil.

“Bersedia!”  jawab semua peserta.

“1, 2, 3… mula!” kata pengadil.

Semua peserta bertungkus-lumus menyiapkan kek mereka. Ada yang gelisah, ada yang cemas, ada juga yang tenang.

Kini hanya tinggal beberapa saat lagi sebelum masa tamat. Penonton mula mengira.

‘10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1.’

Prit!

Wisel dibunyikan.

“Baik semua. Angkat tangan kamu,” arah pengadil.

Semua peserta menangkat tangan tanda mereka sudah selesai. Kini para juri sudah  merasa dan menilai kek semua peserta. Keputusan kini berada di tangan pengadil.

“Dan… pemenangnya ialah… Puteri Misya binti Muaz,” kata pengadil.

Satu tepukan gemuruh diberikan kepada Misya. Misya sendiri seperti tidak percaya yang dia sudah memenangi pertandingan itu. Dia membawa pulang wang tunai berjumalah RM 1000 dan trofi serta sijil. Dia bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada orang misteri yang telah membantunya.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: