Certot

Xiomon Oppa! Saranghae♡

Hasil nukilan Sarah about 3 years agoKembara 53

Airien Natalia Binti Raja Asmawi merupakan seorang  gadis yang kaya-raya. Airien atau nama panggilannya Rien memang gila, suka, cinta, dan sayang pada Xiomon yang merupakan salah seorang ahli EVO. Apabila sebut sahaja nama Xiomon, walaupun satu kilometer sekalipun, dia akan dengar dan akan melompat keriangan kerana hanya menyebut nama Xiomon.

Rien selalu membayangkan apabila dia berkahwin dengan Xiomon hendak memberi nama Kim  Xiorien. Dia selalu menonton video EVO di youtube. Hari-hari dia melihat video EVO. pantang saja lagu baru keluar, dia orang pertama yang akan memuat turun lagu itu.

Suatu hari, Rien membuka hampir 199 video EVO. Pada bulan hadapannya,s urat bil telefon Rien sudah sampai. Alangkah terkejutnya Rien apabila melihat harganya hampir RM500! Ayah Rien merampas telefonnya dan ayahnya hanya membayar RM 250. Ayahnya menyuruh Rien membayar lagi RM250 sendiri. Rien terpaksa mengikat perutnya setiap hari.

Akhirnya Rien sedar yang EVO bukanlah benda yang sangat penting.D ia melupakan sahaja Xiomon kesayangannya itu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: