Certot

Wira Kuasa Persahabatan: Tenis

Hasil nukilan M.S. Jieya 2 years agoSukan 24

“Hai!” jerit Maya secara tiba-tiba. 

“Weh! Terkejut tahu!” marah Afzuan. 

Sekarang adalah waktu rehat di Sekolah R.B.S.E. 

“Korang letih tak lepas P.E. tadi?” tanya Maya. 

Aris dan Afzuan mengangkuk tanda setuju. 

Aku tak sukalah sukan raket. Lebih-lebih lagi bila kena main tennis. Badminton takpe juga,” rungut Aris. Dia memang tidak suka bermain tenis. Sejujurnya, dia adalah satu-satunya orang yang tidak pandai dan tidak suka bermain tenis di sekolah ini.

“Kalau tak tahu, cakap jelah tak tahu! Macamlah takde orang tahu!” ejek Anas. Tiba-tiba sahaja mengacau di meja mereka. 

“Woi! Jaga mulut kau tu sikit eh! Tahulah dia tu juara sekolah. Apa hak kau nak hina orang lain?” kata Maya mempertahankan kawannya. 

“Ceh. Biasalah. Aku memang terrer main tennis. Tak macam kawan kau. Eh Aris, kau perlukan perempuan untuk pertahankan kau ke?” hina Anas. 

Maya memang pantang orang mengejek dia. Walaupun dia perempuan. tetapi sebenarnya dia lebih ganas daripada gangster along. 

“Apasal kau ni! Nak kena tumbuk?!” kata Maya kemarahan. 

“Sabar Maya. Aku rasa baik kau jangan layan Anas,” pujuk Aris. 

” Ha’ah, orang kata, orang gila je yang kata dia tak gila. Anas kata dia hebat, bermaksud dia… tak tahulah apa,” kata Afzuan mempermainkan Anas. 

“Ooo, cakap perasan ye? Okey, kalau macam tu, kita lawan tennis. Ahad ni kat Taman Hijau. Aku nak Aris dan satu daripada korang main. Amacam? Setuju?” Anas mencabar mereka dengan hati penuh kemarahan.

“Aku okey je. Korang?” tanya Maya. 

Afzuan mengangkuk tanda setuju tetapi Aris seorang sahaja yang terkaku dengan muka seperti nampak hantu. 

“Okey, jumpa Ahad ni. Jangan lambat pula,” Kata Anas lalu terus berlalu pergi. 

“Maya, Afzuan, tengok apa dah jadi sekarang,” kata Aris. 

“Tak perlu risau. Kitaorang akan ajar kau sampai pandai,” kata Maya.

Keesokan harinya, mereka berkumpul di gelanggang Taman Hijau untuk berlatih. 

“Okey, macam ni, kau baling bola, pukul, lepas tu orang depan sambut. Macam badminton juga,” jelas Afzuan tetapi Aris masih tidak faham. 

“Apa-apa jelah, cepat mula,” kata Maya tidak sabar. 

Afzuan berkata, “Okey, aku mula dalam ti….” 

“Jaga-jaga Afzuan! Dahan!” teriak Aris memberi amaran setelah nampak ada dahan terjatuh ke arah Afzuan. Afzuan panik lalu terus tergesa-gesa untuk mengelak tetapi dia terlajak lalu terjatuh.

“Afzuan? K… kau okey ke?” tanya Aris risau. 

“Aaaa… aku rasa, kaki aku ni patahlah, langsung tak boleh gerak ni,” kata Afzuan dengan nada kesakitan. 

“Dah dah, jom. Kita kena bawak dia ke klinik,” kata Maya. Mereka terus bergerak ke klinik.

Hari perlawanan sudah tiba akhirnya. 

“Macam mana Aris, kau sedia tak?” tanya Maya. 

Aris hanya berdiam diri sahaja. “Mana Afzuan?” tanya Aris. 

Maya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Aik, aku ingatkan kau tak nak datang tadi. Tahulah kau tu takut,” kata Anas yang muncul tiba-tiba. Muka Maya pula mula bertukar merah.

“Baiklah, perlawanan akan mula tidak lama lagi. Pertarungan antara Aris, dan juara kita, Anas!” 

Perlawanan itu pun bermula.

Setelah beberapa jam, markah Anas dan Aris telah seri. Semua orang terkejut. Selama ini, Aris memang langsung tak pandai memukul walaupun satu markah. Sekarang adalah minit terakhir. Siapa yang dapat markah seterusnya dikira sebagai pemenang.

“Haih, mana Afzuan ni? Dia tak datang ke? Hmm… aku kenalah faham, dia tu kan sakit,” kata Aris dalam hati. Dia faham tetapi kecewa dengan Afzuan. 

Anas membuat pukulan permulaan. Pukulan itu sangat kuat sehinggakan berada tinggi di udara. 

“Hmm… kalau Afzuan takde, baik aku kalah je,” kata Aris. Dia membuat keputusan untuk tidak menyambut pukulan. Tetapi, tiba-tiba, dia terdengar satu sorakan dari belakang. Dan itu adalah Afzuan. 

“Aris! Cuba yang terbaik!” kata Afzuan dengan kuat sekali. Dengan serta-merta, Aris terus memukul bola tenis itu dengan kekuatan smash

“Apakah ini? Aris telah memenangi cabaran ni! Buat kali pertama!”

Semua orang yang menyokong Aris bersorak gembira. Dia telah mengalahkan orang yang berlagak dan selalu menghina mereka. Bagi Aris, dia perlu menjaga perasaan kawan-kawan dia.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: