Certot

Wira Kuasa Persahabatan 2

Hasil nukilan M.S. Jieya about 3 years agoKembara 66

Sebenarnya,

Wira Kuasa Persahabatan telah terdiri pada 3000 tahun yang lalu. Tiga orang adik-beradik bernama Maria, Arif, dan Afzan. Mereka telah bertarung dengan sempurna pada zaman dahulu. Mereka juga telah dilatih oleh seorang pengkaji sains yang bernama Professor Xaironix, tetapi dia mengkaji sains tentang mineral zaman dahulu. 

Suatu hari, selepas perlawanan besar pertama mereka habis, Maria, Arif, dan Afzan pergi ke makmal Profesor Xaironix. Mereka perlu berlatih. Tiba-tiba mereka terdengar sebuah bunyi yang kuat. Professor Xaironix melihat apa yang terjadi luar dan ternampak seorang jeneral jahat yang bernama Doktor Vylance. 

Professor Xaironix berkata, “Maria, Arif, Afzan, macam biasa.” 

Mereka keluar lalu Doktor Vylance serang mereka dengan peluru roket yang kuat. Mereka dapat mengelak dan datang lebih dekat dengan Doktor Vylance. Tiba-tiba Doktor Vylance mengaktifkan sebuah perisai yang kuat di sekeliling mereka tanpa jalan keluar, semata-mata untuk mengepung Maria, Arif dan Afzan. 

Maria, Arif dan Afzan cuba untuk keluar, tetapi mereka tidak berjaya. Akhir sekali Doktor Vylance mengeluarkan pistol yang kuat dan besar ke arah mereka. Mereka tiada pilihan lain selain daripada menggunakan serangan terkuat mereka. Maria dan Afzan mengeluarkan pistol mereka dan Arif mengeluarkan panah dia. Kemudian, mereka mula menembak. Pada masa yang sama, Doktor Vylance juga telah melepaskan serangannya. 

Disebabkan pada zaman mereka tidak mempunyai laser, ia hanya mengeluarkan tenaga berapi. Tiba-tiba, serangan mereka meletup dan disebabkan ada perisai, mereka tidak boleh keluar daripada letupan itu. Apabila perisai itu dimusnahkan, semuanya sudah terlamabat. Mereka semua sudah hilang selamanya. Professor Xaironix datang, dia ternampak beberapa senjata Maria, Arif, dan Afzan. Semua orang sangka yang mereka sudah hilang. Tetapi sebenarnya, mereka telah bertukar menjadi tiga kristal kecil.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: