Certot

Usaha Tangga Kejayaan

Hasil nukilan Ain Pesen 3 years agoFiksyen 42

Allahuakhbar… Allahuakhbar….

Azan subuh kedengaran menandakan waktu umat Islam menunaikan solat subuh.

Farah segera mengambil tuala dan menuju ke bilik air. Selesai membersihkan diri, Farah memakai bajunya dan mengambil air sembahyang. Selepas itu, Farah menunaikan solat subuh.

Pada pukul 7.00 pagi, Farah memakai shawlnya lalu duduk di kerusi untuk makan.

“Ibu masak apa?” tanya Farah kepada ibunya.

“Ibu masak roti bakar saja,” balas ibunya, Puan Mariam.

Pada pukul 7.40 pagi pula, Farah lantas memakai kasut lalu bersalam salaman dengan ibunya. Kemudian, Farah lantas memasuki kereta.

Sampai di universiti, Farah menuju ke pintu masuk.

“Farah!” jerit Aisyah.

“Ya Aisyah, ada apa?” tanya Farah.

“Nah, ini borang pertandingan mereka pakaian. Saya tahu awak pandai mereka pakaian. Di kertas ini ada syarat pertandingan dan senarai hadiah pemenang,” terang Aisyah panjang lebar.

“Terima kasih. Inilah pertandingan yang saya nantikan,” balas Farah lalu pergi begitu saja.

Pada waktu pulang, Farah memberitahu ibunya tentang pertandingan tersebut dan menyerahkan borang pertandingan tersebut kepada ibunya.

“Wah, Farah mesti sertai! Farah ada bakat. Hadiahnya pun menarik iaitu mendapat sebuah kedai dan mendapat wang sebanyak RM 20,000. Usaha tangga kejayaan,” kata ibunya dengan nada teruja.

Farah hanya mengganggukan kepalanya kerana penat lalu masuk ke dalam biliknya.

Keesokkan harinya, Farah tidak pergi ke universiti kerana cuti minggu. Dia hanya menjahit baju untuk pertandingan mereka baju sahaja.

Pada hari cuti minggu yang kedua, Farah berjaya menyiapkan sehelai baju dress yang sangat cantik. Dress tersebut bewarna merah jambu dihiasi renda biru bersama manik bling-bling.

Seperti biasa, Farah memandu kereta ke universitinya. Sampai di sana, dia menghantar penyertaannya.

Pada hari yang dinanti-nantikan oleh Farah, semua pelajar universiti berkumpul di pentas termasuk Farah.

“Baiklah, sekarang masanya untuk saya umumkan pemenang pertandingan mereka baju,” kata pengacara majlis.

“Tempat ketiga jatuh kepada Nur Aisyah dan mendapat wang sebanyak RM 2000,” pengacara majlis mula mengumumkan pemenang.

“Tempat kedua pula jatuh kepada Farah Aryani dan mendapat wang sebanyak RM 8000,” sambung pengacara majlis.

“Dan tempat pertama jatuh kepada… Farah Aryani dan mendapat wang sebanyak RM 20,000 dan mendapat sebuah kedai,” kata pengacara majlis lagi.

‘Alhamdulillah. Betul kata ibu, usaha tangga kejayaan,’ kata Farah dalam hati.

                         >TAMAT<

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: