Certot

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Hasil nukilan FATIN NUR IMAN 3 years agoKembara 1

Kamalia adalah seorang anak yang berusia 12 tahun, membesar sebagai anak yatim piatu.  Kamalia kematian ibubapa semasa usianya 9 tahun lagi.  Tinggal bersama Kamalia, dua orang lagi adik-adiknya yang masih kecil berusia 9 dan 7 tahun.  Mereka tinggal bersama ibu saudaranya.

Ibu saudara mereka menjaga mereka dengan baik sekali.  Tetapi, mereka hidup susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Ibu saudara mereka, yang dipanggil Mak Lang itu sangat sayang akan mereka.  Mak Lang bekerja di kebun pada waktu pagi, dan petangnya pula pergi ke rumah-rumah orang membersih dan mengemas rumah orang.  Pada setiap hujung bulan, dapatlah Mak Lang pendapatan kira-kira RM300 sebulan, dan hiduplah mereka sekeluarga sekadar mampu dan bersederhana.

Kamalia dan adik-adiknya pula sangat sayang pada Mak Lang.  Jika tidak bersekolah, Kamalia akan menjaga rumah, memastikan adik-adiknya diuruskan dan menyiapkan kerja sekolah mereka.  Kamalia telah berjanji pada dirinya yang dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa baik Mak Langnya menjaganya serta adik-adiknya dengan baik.  Tambahan pula, Mak Langnya hidup seorang diri, tidak punya sesiapa lagi selain Kamalia dan adik-adiknya.

“Lia, belajar lah bersungguh-sungguh supaya mendapat kejayaan ya nak,” pesan Mak Lang pada Kamalia suatu hari. 

“Baiklah Mak Lang, Lia janji akan belajar bersungguh-sungguh.  Suatu hari nanti, Lia nak kerja dan bantu Mak Lang pula.  Lia sayang Mak Lang.” 

 Mak Langnya memeluk Kamalia sambil menangis, bersyukur walaupun tidak mempunyai anak, tetapi Allah mengurniakannya anak-anak saudara yang baik dan sangat menghormatinya.

Di sekolah, Kamalia dan dua orang lagi adik-beradiknya adalah antara pelajar yang cemerlang, dan kerap mendapat pujian guru-guru.  Mereka selalu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, di samping baik budi pekertinya.  Mereka menjadi antara murid-murid kesayangan para guru di sekolah.

Tahun ini, Kamalia akan menduduki peperiksaan yang penting di sekolahnya, iaitu peperiksaan UPSR.  Sejak awal tahun lagi, Kamalia mengulangkaji pelajaran setiap hari dan tidak lupa bertanya kepada gurunya jika ada pelajaran yang tidak difahami.  Kamalia menumpukan sepenuh perhatian ketika cikgu mengajar di kelas.  Dia ingin mendapat kejayaan dalam peperiksaan tersebut.

Di samping itu, Kamalia tidak lupa sembahyang dan memohon pada Allah SWT supaya diberikan hati yang terang dan dipermudahkan ketika menjawab soalan peperiksaan kelak. 

*****

Tibalah hari peperiksaan yang dinanti-nanti.  Kamalia menjawab soalan peperiksaan dengan berhati-hati.  Sehingga hari terakhir peperiksaan dijalankan, Kamalia dapat menjawab semua soalan dengan mudah.  Harapannya tinggi supaya keputusan yang akan diterimanya nanti akan mendapat hasil cemerlang.

Apabila keputusan UPSR diumumkan, Kamalia mendapat keputusan yang cemerlang sekali.  Semua orang sangat bangga dengan keputusan Kamalia antaranya cikgu-cikgu di sekolahnya, Mak Lang dan adik-adiknya dan juga kawan-kawan di sekolah.  Kamalia amat bersyukur sekali.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: