Certot

Untuk mama!

Hasil nukilan Ft. nur aina 3 years agoFiksyen 76

Tepat pukul 4.45 pagi jam locengnya berbunyi. Puan Juliana bingkas bangun untuk menyediakan sarapan. Sejak kematian suaminya, dia tinggal berdua bersama anaknya yang berumur 12 tahun. Hari ini merupakan hari yang terbesar buat anaknya. Anaknya bakal menghadapi peperiksaan sebenar UPSR. Dia berharap agar anaknya memperoleh keputusan yang cemerlang. 

“Anakku… bangun. Liya…,” Puan Juliana mengetuk pintu bilik anaknya. Liya segera bangun lalu menuju ke pintu biliknya. Kelihatan Puan Juliana tersenyum nipis memandangnya. 

“Mama….” Dia memeluk Puan Juliana. Terasa debar di hatinya ketika ini.

“Ya, sayang?” Puan Juliana membalas pelukan anaknya itu. Dia mengusap kepala anak kesayangannya. 

“Liya takut. Liya takut kalau tak dapat straights A. Liya takut kalau Liya tak dapat gembirakan hati mama….” Suara Liya kedengaran sayu. 

“Tidak apa sayang. Janji Liya berusaha. Sudah. Liya pergi mandi, ya? Nanti makan, okey?” Puan Juliana tersenyum memandang Liya. Liya menganggukkan kepalanya. Baik mama!

**** 

Liya melangkah ke dewan peperiksaan. Baru sebentar tadi, dia melihat mamanya menangis. Mama, Liya janji akan berusaha bersungguh sungguh. Itu janji Liya mama, ayah. 

****

Terasa pantas masa berlalu. Kini, tiba masanya waktu untuk pengumuman keputusan peperiksaan UPSR. Puan Juliana memandang sekilas anaknya. 

“Sayang, sudah sedia?” 

“Sudah!” 

Selepas sampai di sekolah, Liya terus duduk di tempat yang disediakan. Liya memegang kedua-dua tangannya. Debaran kini terasa. Puan Juliana tersenyum melihat gelagat anak gadisnya itu.

“Nur Aliya Nabila! Tahniah, 5A!” Dewan gamat dengan bunyi tepukan dan sorakan. Selepas mengambil slip, dia terus memeluk mamanya. Dia menangis di dalam pelukan mamanya. 

Puan Juliana turut menangis gembira. Abang, anak kita berjaya. Perasaan bangga dan sebak bercampur di dadanya. Liya… mama sayang kamu….

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: