Certot

UNDERCOVER PENGAWAS

Hasil nukilan ShaikAhmad Sufyanabout 3 years agoFiksyen 44

Hari yang indah di Sekolah Menengah Taman Sungai Mesra. Seorang budak yang bernama Qushairi, 15 tahun bersekolah di situ. Mantap orangnya, muka ada iras-iras Kang Gary dalam rancangan Running Man.

Satu hari, Qushairi dipanggil oleh guru disiplin yang bernama Cikgu Zafri. Cikgu Zafri bertanya kepada Qushairi dengan nama panggilan dia, Que. “Que ,awak nak jadi pengawas tak?” 

Que dengan keriangan menjerit, “Wow!” 

Cikgu Zafri menenangkan Que. Cikgu Zafri kata, “Tapi awak punya lain sikit.” 

Que terus bertanya, “Lain macam mana pula, cikgu?”

*****

Esoknya, Que masuk kumpulan Gangstar Sekolah kerana saja-saja. Selepas masuk kumpulan itu, lepas dah buat semua kejahatan sekolah, akhirnya mereka dipanggil guru besar. 

Dengan nada marah, guru besar itu bertanya, “Kenapa kamu buat kejahatan di sekolah ini?” 

Joe, salah seorang ahli kumpulan itu bertanya balik kepada guru besar, “Kami memang membuat salah cikgu, tapi siapa yang bagitau cikgu pasal kami?” 

Guru besar kata, “Tanyalah ‘kawan’ kamu di sebelah itu.” 

Joe berkata, “Hah, maksud cikgu, Que?” 

Akmal bertanya kepada Que, “Apa yang kau dah buat, Que?” 

Que terus ketawa. “Sebenarnya akulah undercover pengawas.” 

Mereka semua dengan serentak, “Apa?” 

Que rupa-rupanya adalah pengawas tetapi tidak pakai baju pengawas kerana dia adalah spy.

“Ramai juga yang kamu dah tangkap ni, ya,” kata Cikgu Zafri. 

Que berkata, “Terima kasih, cikgu bagi saya jadi pengawas yang macam ni.” 

Cikgu Zafri berkata, “Sama-sama. Kamu mesti nak cikgu bagi tau kenapa cikgu pilih kamu?”

Que kata, “Kenapa cikgu?” 

Cikgu Zafri berjenaka, “Kamu fikirlah sendiri.” 

Mereka berdua tertawa.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: