Certot

Ummiku Super Jahit

Hasil nukilan balqis qarirah 7 months agoSuperhero

“Ummi! Bagaimana ini? Baju Aisyah koyaklah, esok Aisyah mahu pakai baju ini untuk majlis hari raya sekolah.”

“Yakah? Sini ummi tengok.”

“Tengok ini.”

“Sedikit sahaja ini, sekejap lagi ummi jahitkan.”

“Okey! Sayang ummi!”

“Yalah, my beauty princess.”

******

Aisyah adalah anak tunggal Mak Imah yang berusia 12 tahun. Dia bersekolah di SK Sungai Pusu dan juga seorang pengawas yang amat tegas.

Mak Imah pula adalah ibu yang mahir menjahit walaupun ibunya itu sudah berumur, tetapi dia masih kuat dan sihat seperti orang-orang muda. Mereka hidup dalam kemiskinan, namun mereka tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai penghalang bagi meneruskan kehidupan.

“Aisyah! Baju Aisyah ini ummi sudah jahitkan,” panggil Mak Imah.

“Yakah! Terima kasih. Ummi memang bijak! I love you!” jerit Aisyah keriangan.

Bolehlah esok Aisyah pakai baju kurungnya itu. Nasib baiklah ibunya pandai menjahit. Aisyah mencadangkan ibunya bagi membuka kedai jahit memandangkan ibunya mahir menjahit. Namun, cadangan itu ditolak kerana ibunya tidak mahu terlalu sibuk dengan kerja. Ibunya risau anaknya itu akan berasa sunyi.

“Ummi, Aisyah tidak kisah pun sekiranya ummi banyak kerja sekalipun, manalah tahu, dengan hasil kerja itu akan meringankan beban hidup kita ini.”

Namun setelah didesak, ibunya menerima cadangan itu kerana tidak mahu menghampakan satu-satu anaknya itu.

*****

Langkahan Aisyah semakin laju menuju ke pusat Internet berdekatan rumahnya. Terkedu Aisyah apabila mengetahui bahawa harga masuk ke pusat Iternet itu adalah RM10.00. Dia tidak ada duit sebanyak itu. Aisyah pulang ke rumah lalu bergegas mencari ibunya, dia memeluk ibunya itu sehingga jatuh air matanya.

“Mengapa, Aisyah?”

“Aisyah tidak dapat tolong ummi… Ai… Ai… Aisyah minta maaf….”

Sebenarnya Aisyah mahu kembangkan kedai jahit ibunya melalui Internet memandangkan tidak ramai yang membuat tempahan di kedai ibunya.

“Aisyah, ummi tidak perlukan Internet untuk kembangkan kedai ummi. Lagipun banyak cara lain lagi.”

Mulai hari itu, Aisyah kembangkan kedai ibunya itu dengan menampal poster-poster. Selepas itu, banyak kedai ibunya menerima tempahan. Berkat ibunya itu, hidup mereka lebih senang berbanding dahulunya.

******

Dia mendekati ibunya yang sedang menjahit.

“Ummiku memang super jahit!”

“Seriously! Thank you anakku, super hebat.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: