Certot

Ulat Buku atau Ulat Game?

Hasil nukilan balqis qarirah 1 year agoFiksyen

“Adik! Asyik main game sahaja! Cubalah baca buku!”

“Sekejaplah, emak. Lagi lima minit.”

“Sudahlah itu! Nanti masuk dalam game baru tahu!”

“Yalah.”

Adik pergi ke bilik dengan muka masam.

“Emak ini, asyik-asyik baca buk. Bosanlah. Emm… baca komiklah….”

Adik mengambil sebuah komik iaitu komik-M yang belum habis dibacanya minggu lepas.

“Hahaha! Lawaknya!”

“Adik! Emak suruh baca buku yang berfaedah! Bukan baca buku yang tidak memberikan apa-apa faedah!”

“Berfaedahlah buku ini. Ada nilai murni juga. Adik gelak sebab wajah karakter ini lawak. Lagipun buku ini adik belum habis baca lagi. Janji adik baca buku.”

“Yalah itu.”

“Betul….”

“Hmm….’‘

Setelah satu jam berlalu, komik itu berjaya habis dibacanya. Dia pergi ke dapur untuk berjumpa dengan ibunya.

“Emak, bolehadik sambung game yang adik main tadi? Adik sudah habis baca buku.”

“Tidak boleh! Emak tidak mahu kamu jadi ulat game! Cubalah jadi macam kakak kamu! Bijak, pandai urus masa. Ini tidak, asyik game, game, game! Bulan ini emak tidak izinkan kamu main game!”

“Itu kakak, ini adik….”

“Sebab kamu adiklah kena jadi macam kakak! Sudah, pergi buat benda lain yang lebih berfaedah daripada main game!”

“Okeylah….”

Adik kemudiannya pergi ke ruang tamu, dia mengambil satu buku novel yang bertajuk Aku Mahu Berjaya, tulisan Hana Azrina. Dalam fikirannya masih tergiang-ngiang nasihat ibunya sebentar tadi.Dia berfikir sejenak.

“Kalau emak tidak suka aku jadi ulat game, mesti emak mahu aku jadi ulat buku. Tetapi, kenapa?”

Adikp un pergi melayari Internet untuk mengetahui kelebihan banyak membaca buku dan keburukan terlalu taksub bermain game.

“Oh… patutlah emak asyik suruh baca buku. Rupa-rupanya banyak keburukan kalau terlalu taksub dengan game. Nanti aku lalai.”

                                                                                   ****

Mulai hari itu, adik sudah banyak membaca buku. Dia juga sudah pandai mengurus masanya dengan baik. Dia telah mengurangkan masa mainnya dan menambahkan masa membaca buku. Ibunya bangga dengan perubahan adik.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: