Certot

Trauma

Hasil nukilan Intan Nur Andriana2 years agoFiksyen 35

Namaku Nur Riana binti Razali. Umurku 15 tahun. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar.

Pada cuti sekolah yang lalu, aku dan keluargaku merancang untuk bercuti di Paris. Aku berasa sungguh teruja dan tidak sabar mahu melancong ke Paris.

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Aku dan keluargaku segera ke KLIA. Setibanya kami di sana, kami terus ke kaunter untuk check-in. Setelah lama menunggu, akhirnya kami diminta untuk masuk ke dalam kapal terbang.

Sepanjang perjalanan, aku hanya merenung ke luar tingkap. Aku terbayang keindahan dunia Paris yang aku hanya sering melihat di muka buku. Tiba-tiba kapal terbang yang aku naiki seperti hilang kawalan. Aku dan penumpang-penumpang lain menjerit dengan kuat. Kemudian, semuanya menjadi gelap.

Apabila sedar, aku diberitahu yang keluarga aku telah pun meninggal dunia. Aku menjerit lalu menangis teresak-esak.

Sudah satu tahun perkara itu berlaku. Aku sudah trauma hendak menaiki kapal terbang. Aku lebih rela bercuti di Malaysia sahaja daripada bercuti di luar negara.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: