Certot

Top Superstar

Hasil nukilan Allis Alisha 2 years agoFiksyen 12

“Lihat pada bintang dan bulan, namun hilang tiba siang.”

“Adik jangan asyik menyayi, bisinglah. cCepat mandi, nanti tertinggal bas!’’ jerit Kak Sya kepada adiknya, Mira yang suka menyanyi. 

‘‘Yalah, Mira sudah mahu siap. Kacau sahaja kakak ini,’’ rungut mira. Dia pun keluar dari bilik mandi dan bersiap untuk kesekolah.

*****

Kring! Kring! Loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah bermula, Mira masuk ke kelas 6 Gemilang. Sementera Cikgu Alia belum masuk ke kelas, Mira dan kawan baiknya, Nurin berbual.

‘‘Mira, aku mahu beri kau sesuatu, tetapi sebelum itu cakap dengan aku dahulu, betulkah kau suka menyanyi?’’ 

“Ya, kenapa kau tanya?’‘ 

“Ini poster pertandinggan menyanyi Top Superstar.” 

’‘Wah, di mana kau dapat ini, Nurin? Minggu depanlah ujibakatnya. Aku mahu pergilah.’‘ 

“Pergilah, aku doa kau dapat masuk. Aku tidak berminat sangat bab-bab menyanyi ini.’‘ 

“Terima kasih, Nurin.”

*****

Pada malam itu, Nurin menunjukkan poster itu kepada mamanya, Aunty Lisa. ‘‘Mama, tengok ini. Mira mahu pergi, boleh?’‘ 

“Apa ini, Mira,’’ tanya Aunty Lisa. 

‘‘Ujibakat menyanyi Top Superstar. Bolehlah, mama. Di Mall City Square, minggu depan cuti sekolah.’‘ 

“Yalah, nanti mama bawak, tetapi janji dengan mama, hafal lirik lagu betul-betul, okey?’‘ 

“Okey, mama sayang mama.”

Keesokan harinya, cuti sekolah pun bermula. Mira meghafal lagu yang bertajuk Im Gonna Love You.

*****

Hari ujibakat pencarian bakat menyanyi Top Superstar   bermula. Mira mengisi borang permohonan untuk menyertai ujibakat Top Superstar. 

Setelah dua Jam berlalu tiba giliran Mira untuk menyanyi, semua ahli keluarganya bersorak untuk menaikkan lagi semangat Mira untuk menyanyi. 

‘‘Assalamualaikum, nama saya Amira Natasya Binti Tengku Ibrahim. Saya akan menyanyikan lagu Im Gonna Love You.’‘ 

Juri pun berkata, “Saya mahu kamu nyayikan korus dia sahaja.’‘ 

“Baiklah erm… erm… So, I’m gonna love you like I’m gonna lose you I’m gonna hold you like I’m saying goodbye So, I’m gonna love you.’‘

“Okey, saya ucapkan tahniah kerana kamu berjaya masuk dalam pertandinggan menyanyi Top Superstar. Semua yang berada di situ bertepuk tangan atas kejayaan Amira. Amira berasa gembira kerana impiannya tercapai juga.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: