Certot

Titisan air mata terakhir ibu

Hasil nukilan Song Dal Hae 1 year agoSuperhero

‘‘Mengapa mama pilih untuk hidup miskin? Aina benci hidup miskin! Aina mahu hidup dengan mewah seperti kawan-kawan Aina yang lain!’’ Puan Suraya, ibu kepada Aina hanya berdiam diri apabila anaknya sedang marah padanya. 

‘‘Mama tahu atau tidak, ayah menninggal dunia sebab mama yang ingin hidup miskin!’’ Puan Suraya terkejut apabila anaknya membuat cerita palsu tentang suaminya, Encik Saleh yang baru sahaja menniggal dunia akibat masalah jantung. 

‘‘Aina, kamu jangan cerita tentang ayah kamu. Ayah kamu menniggal dunia kerana sakit, bukan kerana keadaan keluarga kita.’’ Akhirnya Puan Suraya bersuara. 

‘‘Mama bohong! Aina tidak percaya. Manusia lain lebih berguna daripada mama! Orang lain berfikir dahulu sebelum membuat keputusan, tetapi mama terus membuat keputusan sebelum berfikir! Mama memang tiada otak! Mulai hari, Aina bukan anak mama!’‘

PANG!

Aina menghempas pintu utama dengan kuatnya. Puan Suraya terkejut dengan tindakan anaknya. 

’‘Aina, adakah kamu tahu siapa mama? Mengapa kamu buat mama begini, Aina?’’ Puan Suraya mengangis teresak-esak.

*****

’‘Apa? Betulkah apa yang awak cakap sebentar tadi?’’ Aina hanya mengganguk tanda ya. 

’‘Aina, tindakan awak pada emak awak itu salah. Untuk pengatahuan awak, seorang ibu merupakan seorang superhero dalam hidup awak. Tugas seorang ibu untuk memastikan keluarganya aman dan sejahtera. Jika seorang ibu itu kali pertama melahirkan seorang anak, maka tugasnya bertambah banyak. Cuba awak fikirkan kembali, jika awak sakit, siapa yang mengubati awak? Tentulah ibu awak. Jika awak kelaparan, siapa yang memasak dan menyuapkan pada awak? Semestinya ibu awak. Dalam dunia ini, ibu merupakan watak utama dalam hati pada setiap anak-anak.’ ‘Aisyah cuba nasihat Aina yang telah melukai hati ibunya. 

’‘Aina!’’ Tiba-tiba Pak Lang, jiran Aina memanggilnya. 

’‘Pak Lang, mengapa?’ ‘tanya Aina. 

’‘Emak kamu… emak kamu masuk hospital!’’ Aina terkejut lalu terus ke hospital.

******

’‘Mama!’’ Kelihatan Puan Suraya dalam keadaan yang lemah. 

Aina menhampiri Puan Suraya. ‘‘Mama, Aina mohon maaf atas setiap kesalahan Aina selama ini.’’ Aina mula mengangis. 

‘Mama selalu maafkan Aina. Aina, mama ada satu permintaan. Kalau mama pergi, tolong jangan lakukan perkara yang berdosa dan lakukanlah perkara yang Tuhan suka.’’ Air mata Puan Suraya mula mengalir. 

’‘Mama, Aina akan tunaikan tetapi mama janganlah pergi tinggalkan Aina keseorangan. Kalau mama pergi, dengan siapa mahu Aina tinggal?’’ tanya Aina. 

’‘Jiran kita ada, saudara mara kita pun ada. Aina tidak perlu risau,’’ kata Puan Suraya. 

’‘Lailahaillallah….’’ Akhirnya Puan Suraya menninggal dunia.

’‘Mama! Maafkan Aina!’‘

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: