Certot

The True Of Superhero!

Hasil nukilan Siti Soleha 2 years agoSuperhero 5

Jam hampir menunjukkan pukul 9.00 malam, namun masih belum lagi kelihatan kelibat papanya iaitu Encik Zaril dan mamanya 

Puan Shahirah di rumah. 

“Kakak, di mana papa dan mama ni? Syuhada dah mengantuk sangat dah ni,” tanya adik Zulaika iaitu Syuhada kepadanya. 

“Sabarlah sayang, nanti papa dan mama pulanglah tu,” jawab kakaknya ringkas bagi memujuk adiknya untuk bersabar. 

Sebenarnya, tujuan Syuhada ingin menyambut kepulangan papa dan mamanya bukan sekadar hanya biasa. Tetapi ada tujuannya seperti, ada udang disebalik batu. Dia ingin mengajak papa dan mamanya pergi bercuti memandangkan cuti sekolah akan bermula pada esok hari. 

Syuhada tetap menahan matanya daripada terlelap kerana ingin menyatakan niatnya yang berada dihati itu. 

Tok! Tok! Tok!    

“Assalamualaikum.” Kedengaran Encik Zaril dan Puan Shahirah memberi salam terhadap anak-anaknya yang berada di rumah. 

Lantas anak bongsunya, Syuhada berlari ke arah pintu untuk menyambut kepulangan mereka berdua. Setelah bersalam dan mencium tangan kedua ibu bapanya, dia terus menanyakan soalan yang bermain di fikirannya sebentar tadi itu. 

“Papa, mama, boleh tak kalau Syuhada cadang, kita akan pergi berkelah pada esok hari?” tanya Syuhada dengan nada manjanya. Lagipun esok, kedua-dua ibu bapanya cuti. 

 Dengan tiba-tiba Zulaika menyampuk, “Bolehkan,papa?” Kelihatan kedua-dua anak-anaknya teruja ingin mengetahui keputusan papa tersayang mereka.

  Setelah beberapa minit papanya berfikir panjang, barulah papanya mengumumkan keputusannya. “Baiklah, papa mengambil keputusan untuk kita berkelah di Port Dickson pada esok hari.” Keputusan papanya amat menggembirakan kedua-dua anak perempuannya. Apatah lagi isteri tercintanya. 

 Papanya memberi sedikit sebanyak taklimat kepada anaknya sebagai peringatan atau panduan apabila berada di sana nanti.

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam, mereka sekeluarga masih belum lagi tidur kerana masing-masing masih sibuk mengemas barangan yang ingin dibawa berkelah esok di Port Dickson. Hampir pukul 10.30 malam barulah mereka sekeluarga tidur.

***** 

Keesokan paginya….

Mereka bertolak pada pukul 8.30 pagi dari Cheras ke Port Dickson. Hampir dua jam barulah sampai ke tempat yang mereka ingin berkelah. Setelah menyewa vila berhampiran pantai untuk dijadikan tempat tinggal sementara, Puan Shahirah telah pun memilih tempat yang redup dan sesuai untuk berkelah lalu menghidangkan makanan. Manakala Zulaika dan Syuhada pula bermandi-manda dan bermain bola sementara menunggu mamanya menghidangkan makanan. 

Tiba-tiba….

Seorang gadis perempuan menjerit, “Tolong! Tolong! Tolong!” suara yang menjerit itu jelas kedengaran dan mencuri perhatian orang ramai. 

Rupanya seorang gadis lemas kerana hampir tenggelam ke dalam dasar lautan Port Dickson tersebut. Namun, dengan segera papa kepada dua orang anaknya Zulaika dan Syuhada telah pun berusaha mencuba menyelamatkan gadis tersebut. 

Dalam masa beberapa minit, papa dan mangsa tersebut telah timbul kembali di dasar laut dan berenang-renang ke arah kawasan darat untuk cuba menyedarkan mangsa tersebut. Dengan usaha dan tawakal papa, alhamdulillah mangsa tersebut telah pun sedar selepas menerima bantuan pernafasan daripada ahli keluarga mangsa tersebut.

 Dengan itu, hampir keseluruhan pelancong, pekerja dan sebagainya bangga terhadap Encik Zaril yang berani menyelamatkan seorang gadis yang lemas di tempat yang amat dalam. Justeru dengan kejadian itu, keluarga Encik Zaril dijulang megah kerana pertolongan yang amat dibanggakan itu. 

Keluarga mangsa tersebut sungguh menghargai jasa papanya iaitu Encik Zaril dan mengucapkan jutaan terima kasih dan ingin memberikan habuan kepada beliau. Namun, Encik Zaril berkata, “Tidak mengapa, saya ikhlas membantu anda sekeluarga.” 

Dengan bangganya keluarga mangsa berkata, “Sungguh mulianya encik, kalau begitu, saya doakan encik semoga dimurahkan rezeki sekeluarga dan panjang umur.” 

Encik Zaril hanya mampu tersenyum dan berharap bahawa termakbulah doa itu. Sebagai seorang isteri dan anaknya, mereka turut bangga terhadap papa tersayang mereka. Syuhada dan Zulaika amat gembira dengan papanya apatah lagi isterinya iaitu Puan Shahirah. 

“You are my superhero!” Ucapan dengan penuh semangat terhadap anak-anak dan isterinya. 

Dengan bersemangat sekali mereka sekeluarga menjulang kebanggaan terhadap suami dan bapa tersayangnya. Tidak kisah lah walaupun bukan keluarga kita sekali pun yang dalam kesusahan. Sikap bantu-membantu perlu juga wujud dalam diri kita dan tidak perlu mementingkan diri sendiri.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: