Certot

The Swimmer

Hasil nukilan MURNI TIARA 2 years agoSukan 4

Nama aku ialah Nur Syazwaliza atau dikenali dengan nama Wawa. Pada setiap hari Sabtu, aku akan menghadiri kelas berenang di Pusat Akuatik Sekyen 13 Shah Alam. Aku mempunyai rakan yang juga mengikuti kelas berenang bersama aku. Namanya Nurin. Kami berkawan baik walaupun hanya seminggu sekali berjumpa.

Suatu hari, guru yang mengajar aku berenang iaitu coach Adli memberitahu kami semua yang akan ada pertandingan bakal diadakan sempena Hari Sukan Negara. Aku terus beritahu apa yang aku mahu masuk dan akhirnya aku masuk breath × 50m dan free × 50m. Aku diberitahu oleh coach Adli yang pertandingan itu akan berlansung pada Hari Sukan Negara di Pusat Akuatik Bukit Jalil.

Pada hari pertandingan, aku terkejut kerana kawan aku, Nurin tidak menyertai pertandingan itu. Ada urusan katanya. Aku dan ahli pasukan kami segera  pergi ke coach Adli.

Setelah habis acara, aku hanya mendapat anugerah pada tempat ketiga dalam free × 50m sahaja, tetapi aku telah berjaya membanggakan nama aku sendiri dan coach  Adli serta ahli kumpulan aku.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: