Certot

The Super Typowriters

Hasil nukilan Qalisha Qaisara 3 years agoKembara 56

Pada satu hari, Husna sedang kusyuk menaip di laman blognya. Husna sangat suka menaip sehinggakan blognya cukup padat dengan tulisan. Pernah juga ditawarkan menaip novel di syarikat Media Prima, namun Husna menolak. Biarlah dia menghabiskan peperiksaan terlebih dahulu.

Send!

Akhirnya, cerpen yang dicoret disebarkan di laman blognya yang mempunyai 1000 orang follower. Blog yang bernama I Am Superb Typer itu memang cukup terkenal sehinggakan menjadi TOP 10 Blog Terbaik Malaysia!

Lina Minit Kemudian…

Mata Husna terbeliak besar. Komen yang dia terima semuanya memang memalukan! Rupa-rupanya dia tersalah taip! Perkataan bijaksana menjadi pijaksana. Lemah menjadi Leman. Pelbagai lagi perkataan yang disalah taip!

Memalukan! Kutukan sinis diterimanya di petak komen. Memang malu, malu, malu! Mana mahu sorok muka? Cerpen itu telah luas tersebar di Facebook dan Instagram! Jika disunting, memang dikutuk lagilah! Oleh kerana tiada jalan pilihan….

Husna sanggup mengedit setiap perkataannya dalam cerpen dan mengubah nama blognya, menjadi I Am Typoters yang menjadi sambutan hangat kini. Husna temberang, bahawa dia sengaja membuat sebegitu agar pembaca lebih menyukainya. Kini, blog I Am Typoters menjadi terkenal, dibeli oleh syarikat terkenal dan Husna merantau ke seluruh dunia. Wow, dengan sekadar tersalah taip, Husna menjadi kaya-raya! 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: