Certot

PROJECT SUMMER BFF

Hasil nukilan Naufal 5 B 2 years agoKembara 15

Kring! Kring!

Hari: Isnin

Masa: 12.30 tengah hari

Tarikh: 24 Mei 2015

Nampaknya, bunyi itu datang daripada arah jam comel yang bewarna hijau kemerahan. Itu menandakan waktu sekarang adalah pukul 12.30 tepat. Sememangnya, waktu ini adalah panas terik.

Seorang gadis yang sedang membuka perlahan-lahan kelopak matanya terkejut apabila mengetahui sekarang sudah lambat. Terus dia menuju ke arah bilik air untuk mandi.

Kamylia berumur 19 tahun dan dia sudah lambat untuk ke kuliah di kolejnya.

Pak! Pak!

“Alamak! Sakitnya badan.” Terus  dia mengelamun sendirian. 

“Kamu ini, tergopoh gapah sangat. Tengok apa sudah terjadi? Sudahlah, mari kita sarapan dahulu sebelum kamu ke kolej.

“Ssaya sudah lambat.” Terus dia pergi dengan sepantas kilat masuk ke keretanya.

Sebenarnya, bukan sudah terlambat, tetapi dia mahu sahaja cepat. 

*****

“Hai Zara and Mia, saya lambatkah” Terus Kamylia menelan liur kerana takut mendengar lagi komen Mia yang cerewet.

“Okey, nasib baik hari ini awak datang awal. Jika tidak, sudah lama saya keluarkan pari-pari jahat daripada mulut saya.” Nasib baik hari ini angin Mia sememangnya baik. Kalau tidak, mungkin Kamylia pasti akan pening barat mendengarnya.

*****

Tiba di kolej.

Sewaktu mereka bertiga berjalan untuk ke kuliah, mereka ternampak kelibat Miss Shamirla yang baru sahaja masuk.

“Oh, my god! Miss Shamirla sudah sampai.” 

Alangkah terkejutnya mereka bertiga. Tiba-tiba tali kasut Converse Mia tidak stabil, terus tidak dapat mengimbang badannya dan dia tertolak badan Zara dan Kamylia. Akhirnya mereka bertiga terjatuh di hadapan kelas kuliah.

“Jika kamu lewat dua minit lagi minggu hadapan, saya akan denda. Faham?”

“Faham,” jawab mereka bertiga serentak.

*****

Tadi Miss Shamirla katakan, bahawa yang nanti kita akan membuat projek paling terpenting bagi musim panas bulan ini. Jadi apa kita mahu buat?”

“Sabtu nanti kita pergi ke kampung kita dan membuat vedio pada musim panas nanti.”

******

Hari: Sabtu

Masa: 9.45 pagi

Tarikh: 28 Mei 2015

“Balik kampung!”

“Amboi… bukan main, kamu seperti tidak pernah pula balik kampung.”

“Saya tahulah saya tiada kampung, tetapi jangan mahu mengutuk saya begitu pula!” sindir Mia kembali.

“Lawak sahaja. Janganlah makan hati pula, ya. Zara mula memujuk Mia dengan muncung.

*****

Di kampung.

“Eh, kita mahu ke mana ini Kamylia?”

“Sebenarnya, ibu saya suruh saya pergi berziarah ke rumah nenek dan datuk saya.”

“Assalamualaikum, nenek oh, nek. Ada orangkah?” 

Tidak beberapa lama, opahnya secaraterus memeluk Kamylia.

“Waalaikumussalam, jemputlah masuk.”

Masuk sahaja ke bilik, terus Mia melompat kegemilangan. “Yeah balik kampung!”

“Eh, ada juga orang yang jadi cheerleader di kampung ini,” Zara menyindir dengan senyuman paling manis.

*****

Hari: Ahad

Masa: 2.30 petang

Tarikh: 29 Mei 2015

Hari ini, bermula sudah projek musim panas mereka.

“Alahai, ini bukan vitamin, tapi ini membakar kulit saya sahaja.”

“Hai, awak Kamylia, bukan?”

“Eh, tidak silap saya awak Nini, bukan?”

“Ya.”

“Oh, lama tidak berjumpa.”

“Apa tujuan kamu balik kampung?”

“Mahu buat vedio kreatif sempena hari musim panas.”

*****

Hari ini, mereka akan pulang ke rumah masing-masing.

“Nek, kami pergi dahulu ya.”

“Ya, jalan baik-baik.”

*****

Hari: Isnin

masa: 12.50 tengah hari

Tarikh: 30 Mei 2015

Hari ini adalah pertunjukan minggu musim panas antarabangsa di Kolej MSU. Jadi mereka akan menunjukkan video yang dihasilkan.

Mereka juga menceritakan pengalaman ketika musim panas dan babak-babak sedihsehingga mata berasa sedih.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: