Certot

The Diary of Shopaholic 2

Hasil nukilan Nurin 2 years agoFiksyen 28

Aku mula menyemak semula semua hutang yang masih belum bayar.

“Tidak! Semuanya RM10,607! Bukankah hanya RM607?”

Aku terkejut melihat semua hutang yang masih belum dibayar. Aku berasa amat tertekan dan aku cuba tidur untuk melupakannya. Aku terfikir bagaimana menghilangkan sikap suka membeli-belah dan bagaimana cara membayar hutang-hutang yang belum dibayar. 

“Aku tiada duit untuk membayar semua hutang-hutang itu!”

Aku melihat ke almari pakaian, kasut, tudung, dan aksesori. Di dalamnya penuh dengan barang-barang. 

*****

Ahad, 22 Sep 2015.

Hari ini, aku menjual semua barang-barangku di sebuah dewan dan aku menyusunnya dengan kemas seperti di kedai pakaian. Ramai orang berebut-rebut ingin melihat barang-barang yang cantik dan membelinya.

“Satu, dua… masuk!”

Semua berlari-lari masuk ke dalam.

“Ia akan habis dalam sekelip mata sahaja. Semua yang ada di dalam dewan ini ialah orang yang gila shopping.”

“Wow, semua barang sudah dibeli! Aku sudah boleh bayar semua hutang.”

Aku berjumpa dengan Encik Debt Thomas bagi membayar semua hutang. Aku masih ada duit selebihnya.

“Nah, RM10, 607 yang awak nak sangat.”

“Terima kasih. Harap awak tiada hutang lagi.”

“Kalau saya ada hutang pun saya boleh bayar dengan segera.”

Encik Debt Thomas menjeling Sya Yhuna. Sya Yhuna masih tersenyum.

*****

Sabtu, 13 Okt 2015.

Semenjak itulah aku mula menabung. Aku sudah tahu bagaimana ingin menggunakan duit dengan cara yang betul. Dahulu aku seorang yang boros dan kini aku seorang wanita yang kaya dan berjimat.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: