Certot

The Diary of Shopaholic 1

Hasil nukilan Nurin 2 years agoFiksyen 7

Namaku Sya Yhuna, berumur lima tahun. Aku hidup dalam keluarga yang berjimat. Tetapi, aku seorang yang amat boros atau shopaholic dan keluarga aku adalah workaholic atau orang yang suka bekerja. 

Ibu aku, Puan Rabecca, mengajak aku ke pusat beli-belah. Apabila melangkah masuk ke pusat beli-belah, mata aku mula membulat dan mulut aku ternganga. Aku dan ibuku terus berjalan sambil melihat barang-barang yang menarik.

Aku dan ibu berhenti di kedai The Body Shop. Aku hanya menunggu di luar. Manakala ibuku sedang beratur bagi membayar barang-barang yang dibeli. Aku berasa amat bosan. Aku ternampak sebuah kedai pakaian yang amat cantik. Aku pun masuk ke kedai tersebut, lalu aku ternampak seorang wanita yang kaya-raya sedang membayar di kaunter dengan menghulurkan kad visa.

*****

Sekarang aku pun sudah bekerja sebagai seorang penulis majalah. Selepas balik kerja, aku selalu membeli-belah. Apabila ternampak benda yang cantik atau menarik, aku pasti membelinya.

Sya Yhuna singgah ke sebuah kedai. ‘Wah, skarf pink,’ bisik hatinya. Dia terus mengambil skarf tersebut lalu pergi ke kaunter. Dia menghulurkan kad visanya.

“Maaf, hutang awak terlalu banyak,” kata juruwang itu kepada Sya Yhuna.

“Cuba yang ini?” pinta Sya Yhuna.

“Boleh, tetapi masih tidak cukup lima puluh sen,” kata juruwang itu lagi.

“Tunggu,” pesan Sya Yhuna.

Sya Yhuna terus pergi ke sederet rumah kedai yang berdekatan dengan kedai yang dimasukinya tadi lalu meminjam  syiling lima puluh sen daripada seorang pemuda. Sya Yhuna terus berlari menuju ke kedai tadi.

“Ini lima puluh sen,” kata Sya Yhuna dangan mengeluh kepada juruwang.

‘Aku sudah menjadi The Red Scarf,’ jerit hatinya dengan perasaan bangga.

Tetiba-tiba, Sya Yhuna terserempak dengan Encik Debt Thomas. Hatinya mula berdegup kencang. Sya Yhuna mula memikirkan apa yang Encik Debt Thomas mahukan. Dia berfikir Encik Debt Thomas akan bertanya tentang hutang Sya Yhuna yang belum dibayar.

“Hai, apa khabar?” tanya Sya Yhuna dengan hati yang berdegup kencang.

“Khabar baik. Bagaimana dengan hutang awak? Semakin bertambah?” balas Encik Debt Thomas.

“Selamat tinggal,” ucap Sya Yhuna.

Encik Debt Thomas menggaru kepalanya kerana Sya Yhuna belum menjawab soalannya. Sya Yhuna berjalan dengan pantas bagi melarikan diri daripada membayar hutang Encik Debt.

Sya Yhuna sampai ke rumahnya lalu membuka kunci pintu rumah rakannya, Annie. Sya Yhuna terus memasuki biliknya dan terus baring di atas katil bujang. 

“Bilalah aku akan bayar semua hutang yang sebanyak RM607 itu?” Dia bertanya kepada dirinya sendiri.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: