Certot

Thanks Ayah!

Hasil nukilan Dhia 2 years agoSukan 37

             

Kedengaran suara tangisan murid perempuan di koridor sekolah tingkat satu.

“Kenapa? Macam mana boleh jadi macam ni?” kata Sara kesedihan melihat kasutnya yang disayangi digunting dan dicat dengan warna pink dan diikat berjemur di sudut tiang koridor.

*****

Pembelajaran pertama sudah tamat.

Fasha dan Amylia datang dengan gediknya ke arah meja Sara.

Fasha menolak bahu Sara dari belakang dengan lembut sambil tersenyum penuh adegan jahat dan berkata, “Sara awak suka warna apa?”

Sara terkejut dengan sergahan oleh Fasya dan berjawab dengan ragu-ragu. “Warna merah jambu.”

Giliran Amylia untuk bertanya, “Oh… tapi kenapa kasut awak warna biru?”

“Hmm… yang ini hadiah masa tahun lepas ayah saya beri.”

“Okey tak apa, nanti kami berdua untuk beri awak kasut warna pink ya?” kata Fasya sambil tersenyum jahat.

‘Mereka bukan selalu buli aku ke? Tapi kenapa hari ini baik semacam?’ bisik hati Sara, aneh dengan perangai kawan sekelas yang merupakan pelajar bermasalah di sekolah.

 

*****

Petang Sara akan ada aktiviti larian bersama dengan jurulatihnya, Cikgu Amirah bersama dengan kawan-kawan yang lain.

Selepas menukar baju, Sara ingin menukar kasut tetapi kasutnya tidak dijumpai. Dia mula mencari di kelasnya dan di kawasan terdekat. Tiba-tiba dia terjumpa kertas warna merah jambu di dalam begnya yang ditulis pekataan “Koridor! Ts! ”. Dia bersangka yang mungkin kasutnya ada di situ.

Ketika dia tiba….

 

“Kenapa muka anak ibu masam mencuka ni? Hidung kemerahan ni? Sara nangis ke?” tanya ibu Sara, Puan Masitah.

“Tak ada apa-apa lah, ibu. Tadi Sara selesema sebab kemas kelas habis hidung ni merah,” kata Sara dengan senyuman plastiknya itu supaya ibunya tidak bersusah payah untuknya.

“Hmmm yelah… nanti tolong ibu masak. Sekejap lagi ayah balik.”

“Okey!”

*****

Sedang Sara tidur ayahnya masuk dan melihat anaknya tidur dengan lena dan ternampak sesuatu yang dibalut dengan baju   membukanya. Dia sangat terkejut dengan kasut milik anaknya bertukar menjadi pink dan koyak rabak. Dia ternampak nota yang berada di dalam kasut itu dan membacanya.

“KAU SUKA WARNA PINK NAH AKU HADIAHKAN KAU KASUT SECOND – HAND ! LAIN KALI JANGAN BERANGAN DIRI TU HEBAT BERLARI!“

Ayahnya terkejut dengan nota itu. Rupanya anak telah dibuli di sekolah lagi. Patutlah isterinya memberitahu muka anaknya masam mencuka dan sedih semacam.

Esoknya ayahnya membeli kasut baru dan meletakkan di atas meja belajar Sara. Sara gembira dengan hadiah itu.

‘Aku akan harumkan nama keluarga aku, walaupun aku miskin tapi aku ada kelebihan!’ bisik hati Sara.

“Terima kasih, ayah!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: