Certot

Thank You, Mama and Papa

Hasil nukilan balqis qarirah 2 years agoFiksyen

Aku Rina. Hari ini adalah hari lahirku yang ke-12 tahun. Aku sangat sedih, mengapa tiada seorang pun yang mengucapkan selamat hari lahir kepadaku? Adakah mereka lupa? Aku ke dapur dengan perasan yang sangat sedih. Sedang aku ke dapur, aku tersedar dari lamunanku. Kebiasaannya mama akan berada di dapur untuk menyediakan sarapan pagi, tetapi lain pula pada hari ini. Aku terlihat sebuah memo kecil yang di tampal di peti ais bersama magnet. Aku membaca tulisan yang di tulis pada memo itu. 

“Adik! Mama dan papa keluar sekejap. Ada hal yang tak boleh dielak, mama sudah hidangkan makanan untuk sarapan pagi. Ada di atas meja makan.”

Aku menjadi semakin bingung. “Tidak mengapalah. Malas mahu fikir lama-lama, nanti pening kepala pula.” 

Aku kemudiannya menjamu selera. “Aik! Kenapa harini mama masak istimewa? Sedapnya! Macam pernah makan. Ini mesti scramble egg!”

Setelah bersarapan, aku pun pergi ke halaman rumahku untuk menyiram pokok-pokok bunga mama yang mekar dan pelbagai warna itu. Pokok-pokok bunga ini mestilah dijaga dengan baik. Kata mama, pokok bunga ini juga sebenarnya telah menyerikan halaman ini yang dahulunya hanya kosong tanpa apa-apa tumbuhan.

*****

“Assalamualaikum! Mama dan papa sudah balik!”

“Waalaikumussalam!”

“Rina, cepat masuk kereta. Kita ada hal penting.”

“Hal apa, mama?”

“Rahsia.”

Sepanjang perjalanan, aku hanya mendiamkan diri. Aku hanya berfikir ke mana mama dan papa ingin membawaku?

*****

Keretaku berhenti di sebuah restoran. Aku berasa hairan sekali. Sebenarnya, apakah yang mama dan papa sembunyikan dariku?

“Kita dah sampai, tetapi Rina mesti tutup mata dahulu.”

“Okey.”

Aku di bawaoleh mama.

“Sekarang, buka mata!”

“Selamat hari lahir, Rina!”

Aku terkejut lalu membalas perkataan itu dengan satu senyuman. Rupa-rupanya mama dan papa membuat kejutan untukku. Mereka menyanyikan lagu hari lahir untukku.

Mereka kemudian menepuk tangan. Aku menerima pelbagai hadiah yang dibalut dengan  pembalut yang cantik dan berwarna-warni. Mama dan papa menghulurkan kepadaku sebuah kek keju yang yang dihias cantik. Aku memotong kek itu dengan sebilah pisau plastik sambil mama menangkap gambarku.

*****

Setelah kami pulang ke rumah, aku mendekati mama dan papa.

“Thank you, mama! Thank you, papa! I love you!”

Air mataku berlinangan tanda syukur dan gembira. Kenangan manis ini akan aku ingat sampai bila-bila.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: