Certot

Terima Kasih, Papa, Mama

Hasil nukilan AMIRAH BATRISYIA 2 years agoFiksyen 13

Hujung minggu itu Wawa tidak tahu apa mahu dibuat. “Apa nak buat apa nak buat apa nak buat,” kata Wawa dalam hati. Wawa mendapat idea.

*****

“Ada nampak Wawa tak?” tanya Puan Mariam kepada Encik Wira. 

“Tak nampak pula. Cuba cari di taman.” 

Tiba-tiba telefon berdering. Puan Mariam sedang bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Tiba-tiba Puan Mariam rebah di lantai. 

“Kenapa?” tanya Encik Wira kepada isterinya yang sedang menangis di atas lantai.

*****

“Siapa tu?” tanya Encik Wira. 

Puan Mariam hanya menjongket bahu tanda’tidak tahu. 

“Apa yang dia cakap?” tanya Encik Wira lagi. 

“Dia cakap, kalau kita tak serahkan RM 10,0000 kepada mereka, anak kita tak akan selamat. Kemudian dia letak telefon.” 

“Itu tak ada masalah, keluarga kita ada banyak duit,” kata Encik Wira. “Jom kita ke tempat mereka,” kata Encik Wira kemudian memasukkan sejumlah wang yang banyak kedalam beg berwarna hitam.

*****

Kelihatan bangunan yang besar dan usang. 

“Betulkah di sini?” tanya Encik Wira. Puan Mariam hanya menggaguk. Kedua-dua mereka masuk ke dalam bangunan tersebut. 

“Selamat hari jadi, papa, mama,” kata Wawa. 

Kemudian lagu Selamat Hari Lahir dinyanyikan oleh semua orang yang berada di situ. Encik Wira dan Puan Mariam yang terkejut berkata, ” Terima kasih, Wawa.” 

“Sepatutnya, Wawa yang berterima kasih kepada mama dan papa, terima kasih papa mama!” laung Wawa.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: