Certot

Terima Kasih, Mama

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL 2 years agoSuperhero

Aku tiada seorang kawan. Tiada sesiapa mahu berkawan dengan seorang pembunuh .Aku juga mengaku kebenaran itu. Mahu tahu mengapa aku dianggap ‘pembunuh’? Biar aku cerita.

Tiga tahun lepas.

“Adik benci, mama! Adik benci semua orang! Adik akan keluar dari rumah ini selama-lamanya! Adik tidak akan jejakkan kaki ke rumah ini walaupun adik sudah berjaya!”

Ketika aku ingin melintasi jalan, badanku ditolak kasar oleh seseorang. Apa lagi, beranglah aku! Apabila aku menoleh ke belakang, tubuh mama terkulai ke jalan. Darah terus mengalir dari anggota badan mama. Aku memangku kepala mama sambil menjerit meminta tolong. Luruh hatiku bila jenazah arwah mama disemadikan.

Apabila di rumah, semua ahli keluarga menyalahkan aku atas pemergian mama. Aku nekad untuk keluar dari rumah itu tanpa halu tuju. Tiba-tiba aku teringat rumah nenek yang sangat sayangkan aku. Pantas aku mengorak langkah untuk pergi ke rumah nenek.

*****

Setiap hari persekolahan, kawan-kawan akan mengejek aku dengan gelaran ‘pembunuh’. Setiap hari aku akan menangis kerana menyesal atas perbuatanku.

Perkara yang sama berulang kali setiap hari, berlarutan sehingga aku habis SPM. Aku tidak bergaul dengan orang lain, takut sekiranya aku dilabel ‘pembunuh’ sekali lagi. Cita-cita yang aku hajati telah aku berjaya capai. Tetapi, itu semua tiada makna lagi! Mama yang disayang telah pergi buat selamanya! Seringkali aku teringat tragedi kemalangan tersebut. Semakin aku pilu dan sedih.

Sungguh, hanya mama superheroku!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: