Certot

Terima Kasih kerana Selamatkan Beth, Papa!

Hasil nukilan Musyirah Razali 2 years agoSuperhero 2

“Papa, jangan pergi papa! Jangan tinggalkan Beth! Beth takut! Papa!” jerit Beth dengan ketakutan.

“Beth, bangun Beth! Bangun! Papa takkan tinggalkan Beth!”

“Papa, papa! Mana papa? Papa!”

“Papa kat belakang Beth je Beth.” Lalu Elizabeth ataupun nama singkatannya Beth pusing ke belakang. 

“Papa? Mana papa? Beth tak nampak papa pun. Papa, janganlah sorok-sorok. Beth takut!”

“Papa kau dah mati Beth! Aku dah bunuh papa kau! Hahaha!”

“Tidak! Papa!”

“Beth, bangun Beth. Kenapa Beth berpeluh-peluh ini? Kenapa Beth asyik sebut nama papa? Papa sihat je. Bangun Beth,” kata Encik Hamdan kepada anaknya yang asyik menyebut-nyebut namanya ketika sedang tidur.

“Papa!” Akhirnya Beth bangun daripada mimpi ngerinya dan segera memeluk ayahnya dengan kuat sekali.

“Beth, kenapa ni? Beth mimpi apa? Kenapa asyik sebut nama papa sahaja?” tanya Encik Hamdan dengan hairan.

“Beth mimpi, papa sudah meninggal. Ada suara yang jahat yang cakap dengan Beth. Dia cakap dia telah bunuh papa dan papa sudah mati. Papa janji ya, papa jangan tinggalkan Beth. Beth takut, papa!” kata Beth sambil menangis.

“Ya, Beth. Papa takkan tinggalkan Beth. Papa janji,” kata Encik Hamdan untuk menenangkan anak tunggalnya itu.

‘Ini pasti angkara kau, Hermodievil! Aku takkan biar kau terlepas!’ kata Encik Hamdan dalam hati dengan perasaan yang marah.

                                                              *****

Keesokan harinya.

“Papa, Beth tidak mahu pergi sekolah, boleh? Beth rasa nak demamlah. Beth pening sangat,” kata Beth dengan suara sayu.

“Kalau begitu, baik Beth ikut papa pergi kerja. Kebetulan, hari ini adalah hari jadi Pak Cik Ilham. Bolehlah Beth tolong kawan-kawan perempuan papa di tempat kerja buat kejutan untuk Pak Cik Ilham,” jawab Encik Hamdan sambil tersenyum.

“Okey, papa! Beth tukar baju dulu ya?” kata Beth sambil tersenyum ceria.

                                                            *****

Di tempat kerja Encik Hamdan

“Papa, Beth ngantuklah. Boleh tak Beth tidur?”

“Boleh, sayang. Beth tidur dekat bilik kerja papa ya?”

“Okey, papa,” kata Beth lalu masuk ke dalam bilik kerja ayahnya. Kemudian, dia lena dibuai mimpi.

                                                            *****

“Eh, aku kat mana ni?”

“Selamat datang ke tempat yang terakhir kau akan pergi. Hahaha!” kata lembaga di sebalik tempat itu.

“Aku terlupa mahu perkenalkan diri. Nama aku, Hermodievil,” kata lembaga itu sambil tersenyum sinis.

“Di tempat ini juga, aku akan ambil segala kuasa engkau dan akhir sekali, aku akan hapuskan engkau!” kata Hermodievil dengan suara yang amat garau.

“Papa, tolong Beth! Beth takut! Papa kan dah janji yang papa takkan tinggalkan Beth? Tolong Beth, papa!” Kata Beth sambil menangis.

“Tidak, Beth. Papa takkan tinggalkan Beth. Papa janji. Hey, Hermodievil! Jangan sentuh anak aku!”

“Oh, kau sudah datang pun Hamdan. Datang mahu lihat anak kau dihapuskan oleh aku?” kata Hermodievil.

“Beth, ikut papa. Dengan cara ini kita dapat hapuskan Hermodievil ini! Mari sini!”

“Baik, papa!”

“Mega Diaosa!” Lalu, keluar pancaran cahaya berwarna biru daripada tapak tangan Encik Hamdan.

“Mega Diaosa!” Keluarlah pancaran cahaya berwarna kuning daripada tapak tangan Beth. Kedua-dua kuasa itu bergabung dan akhirnya berjaya menghapuskan Hermodievil itu.

“Tidak!” Hermodievil akhirnya musnah dengan gabungan kuasa yang sangat kuat itu..

                                                     *****

“Papa?”

“Ya, Beth.”

“Betul ke apa yang Beth mimpi tadi?” soal Beth kehairanan.

“Betul, Beth. Rasanya, papa tidak perlu merahsiakan apa-apa daripada Beth lagi. Papa akan memendekkan ceritanya sahaja, ya?” Beth mengangguk tanda setuju.

“Sebenarnya, Hermodievil ini adalah keturunan jahat. Keluarga kita antara yang terpilih untuk melawan Hermodievil ini. Ibu kamu sebenarnya mati kerana dibunuh oleh keturunan Hermodievil. Sebenarnya, kamu mempunyai kuasa dalaman yang sangat hebat. Lebih hebat daripada papa. Sebab itu Hermodievil mahu sangat kuasa kamu untuk digunakan memerintah dunia,” kata Encik Hamdan dengan tenang. Sedih kerana isterinya dibunuh oleh keturunan jahat itu.

“Oh, baru Beth faham. Papa, Beth nak cakap sesuatu. Terima kasih kerana selamatkan Beth, Papa!” Kata Beth sambil tersenyum.

“Jomlah pergi depan. Papa rasa, mereka sudah mula parti hari jadi itu. Jom!”

“Jom!”

Kau tunggu Hamdan dan Beth, aku akan kembali! Bisik satu suara jahat dengan senyuman jahat.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: