Certot

Terima Kasih, Kawanku

Hasil nukilan Liyana 2 years agoFiksyen 6

Alya tidak sabar ingin meraikan hari jadinya yang ke-10. Berulang kali dia menyebut bahawa hari jadinya pada hari esok. Dia juga telah memesan kepada kawan baiknya Siti Nur Hawa agar memberinya hadiah. 

Alya menghadirkan dirinya ke sekolah dengan perasaan gembira. Alya asyik tersenyum lebar sejak pagi lagi. Dia berjalan laju ingin pergi ke bilik darjah. Sejurus di depan pintu bilik darjah, Alya dengan matanya terbeliak melihat Hawa telah berdiri depan matanya dengan memegang sebungkus hadiah yang di balut dengan sampul hadiah yang cantik. 

“Terima kasih, Hawa.” Dengan senyuman yang ikhlas dari hati Alya. 

“Sama-sama. Untuk kawan, aku sanggup korbankan duit aku untuk membeli hadiah,” kata Hawa bersungguh-sungguh. 

Alya memeluk Hawa sekuat hati menandakan hubungan mereka akan kekal selamanya. 

                                                            *****

Pada waktu rehat di sekolah, Alya dan Hawa rehat bersama-sama. Sedang mereka rancak berbual, Alya ditolak oleh kawan lamanya, Maisarah. 

“Eh, kau kenapa nak tolak dia? Ada masalah ke?” tengking Hawa kepada Maisarah. 

Alya memegang tangan Hawa dengan lemah lembut lalu menggelengkan kepalanya. 

“Hahaha, maaf ya. Hari jadi kau akan hancur,” kata Maisarah dengan perasaan yang sangat gembira. 

Hujan lebat mencurahi pipi Alya. Alya lari meninggalkan Hawa dan Maisarah. Suasana di kantin menjadi sunyi setelah Alya pergi begitu sahaja.

Hawa tidak berputus asa untuk memujuk Alya. Dia ingin menjadikan hari jadi Alya tahun ini lebih bermakna dalam hidup Alya. 

“Alya, awak janganlah pedulikan Maisarah tu. Saya kan ada,” pujuk Hawa. 

Alya tersenyum walaupun dia sedang bersedih. “Terima kasih, Hawa. Walaupun saya sedih, saya tetap gembira kerana kawan saya cuba memujuk saya,” Alya meluahkan perasaannya terhadap Hawa dan Hawa tersenyum.

                                                      

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: