Certot

Terima Kasih, Abah!

Hasil nukilan Marsy about 3 years agoSuperhero 29

           

“Abah, Fatin nak beli kasut sekolah yang baru boleh?” tanya Fatin sambil bermain-main dengan anak kucingnya.

“Fatin, pakai sahaja kasut itu, abah tak ada duit lagi,” kata Encik Sarafi

“Tapi abah, kawan-kawan Fatin semuanya sudah ada kasut sekolah yang baru,” kata Fatin lagi.

“Fatin, abah sudah kata. Pakai sahaja yang itu. Bulan hadapan kita beli yang baru, ya,” pujuk Encik Sarafi.

“Ayah ni, memang tak faham perasaan orang lain!” tengking Fatin. Dia menghentakkan kakinya sambil menuju ke biliknya.

“Haih, apalah yang nak jadi dengan kamu ini, Fatin,” keluh Encik Sarafi.

*****

Di dalam kelas, Fatin hanya termenung. Dia tidak menghiraukan gurunya yang sedang mengajar di hadapan. Gurunya sedar Fatin tidak menumpukan perhatian semasa dia mengajar.

“Fatin binti Sarafi! Bangun sekarang, keluar dari kelas saya!” jerkah Cikgu Fatimah.

Fatin yang sedang termenung terkejut apabila mendengar jerkahan guru Matematiknya itu.

“Tapi cikgu, saya boleh je….” Kata kata Fatin tergantung.

“Keluar sekarang!” herdik Cikgu Fatimah.

Fatin pun keluar dari kelasnya dengan perasaan yang bercampur-baur.

“Haih, hari ini sudahlah kena denda. Abah pula tak nak belikan kasut baru,” keluh Fatin.

“Wei, Arman. Cuba kau tengok Fatin. Dahlah kasut sekolah lusuh, kena denda pula tu!” kata Hazwan berbaur ejekan yang ditujukan kepada Fatin.

 

    “Haz, kau ni. Tak baik cakap macam tu dekat Fatin. Kasihan dia. Cuba kau bayangkan, kau kena ejek macam tu. Mesti malu, bukan?” kata Arman.

“Yalah… Fatin, saya minta maaf, ya,” kata Hazwan.

“Baiklah, saya maafkan awak,” kata Fatin sambil tersenyum.

‘Eh, aku tak minta maaf dekat abah pun. Balik nantilah,’ getus hati Fatin.

                                                                          *****

“Assalamualaikum, Fatin dah balik!” kata Fatin sambil menuju ke pintu rumahnya.

“Eh, kasut siapa tu? Takkanlah kasut adik? Adik pun tak balik lagi,” omel Fatin

“Oh, Fatin rupa-rupanya. Cuba Fatin cuba kasut yang berada di luar tu. Abah pun tidak  tahu muat ataupun tidak,” kata Encik Sarafi yang sedang menonton television.

“Abah!” jerit Fatin sambil menuju ke arah Encik Sarafi. Dia memeluk Encik Sarafi.

“Kenapa ni, Fatin?” tanya Encik Sarafi yang pelik dengan sikap anaknya itu.

“Abah, Fatin minta maaf. Fatin selalu merungut, marah pada abah. Terima kasih, abah,” ucap Fatin.

“Terima kasih kerana menjaga Fatin selama ini dan terima kasih untuk belikan kasut yang baru!” ucap Fatin lagi.

“Sama-sama, Fatin. Sudah, pergi mandi,” kata Encik Sarafi.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: