Certot

Terbaik Untukku

Hasil nukilan microsof excel 2 years agoSuperhero 1

  “Eee! Ada bau busuk di sini.” Seseorang bersuara dalam nada memerli sambil tertawa. 

Farhana kelihatan malu kerana orang di sekeliling memandangnya dengan wajah yang kehairanan.

  “Kamu ini Sofian tidak habis-habis ingin mengusik Farhana,” tegas Hanis. 

Farhana berlari menuju ke kelas sambil menangis teresak-esak.

  “Ana, marilah kita makan di kantin. Nanti perut awak masuk angin pula,” pujuk Hanis. 

“Tidak mengapalah Hanis, Ana masih tidak lapar,” ucap Farhana sambil mengesat air matanya.

  Hanis lantas menarik sebuah kerusi perlahan-lahan lalu duduk di sebelah Farhana. Wajah Hanis kelihatan kerisauan melihat keadaan Hanis.

  “Hanis….” Farhana yang hanya mendiamkan diri dari tadi kini bersuara.

“Ya,” balas Hanis.

  “Betulkah Hanis tidak kisah berkawan dengan orang yang susah seperti Ana?” tanya Farhana perlahan.

  “Hanis tidak kisah berkawan dengan sesiapa sekali pun,Ana. Jika Hanis menilai seseorang itu kerana kemewahannya, tetapi hatinya tidak murni, apa ertinya persahabatan,” balas Hanis sambil memandang Farhana. 

Farhana hanya tersenyum gembira mendengar kata-kata Hanis itu.

           *****

  “Ayah, tengok keputusan Farhana ini.” Farhana menghurkan sekeping kertas kepada ayahnya.

“Wah, pandainya anak ayah ini! Tetapi… ayah tidak dapat memberi Farhana hadiah kerana kita bukanlah orang senang,” kata ayahnya dengan perasaan yang kecewa.

  “Tidak mengapa ayah, Farhana hanya ingin ayah gembira,” kata Farhana sambil tersenyum.

“Ayah hanya ingin Farhana berjaya,” kata ayahnya sambil tersenyum.

           *****

  “Farhana, cikgu Haliza panggil awak!” sergah Hanis dengan nada yang teruja.

“Mengapa?” Farhana menyoal.

“Awak pergi sahajalah, nanti awak tahu juga.” Hanis tersenyum.

           *****

  “Ana, saya panggil awak kesini untuk memaklumkan yang awak telah dipilih untuk mewakili sekolah bagi pertandingan pidato,” terang Puan Haliza dengan gembira.

“Tentang hadiah awak jangan risau, kerana juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak 1,500 ringgit,” sambung Puan Haliza lagi.

 ‘Aku ingin membantu ayah dengan wang yang aku perolehi,’ bisiknya dalam hati. “Baiklah puan, saya bersetuju.” Kata-kata Farhana itu membuatkan Puan Haliza tersenyum.  

           *****

Pada hari pertandingan….

  “Dipersilakan Farhana Qalisya untuk peserta seterusnya,” ucap pengacara pertandingan.

  “Sila pilih tajuk di dalam bekas itu,” arah pengacara pertandingan.

  “Tajuknya adalah… ibu….” Tergagap-gagap Farhana menyebutnya. 

“Ibu.” Encik Faizul hanya terdiam mendengar kata-kata anaknya itu. Farhana meletakkan kertas itu ke dalam bekas biru tua itu semula sambil menangis.

  “Ibu adalah kurniaan Tuhan yang amat bermakna… tapi… Ana juga ada seorang ayah yang boleh menjaga Ana,” kata Encik Faizul sambil berjalan menaiki pentas. Semua tetamu bertepuk tangan dan terharu akan kata-kata Encik Faizul.

             *****

  “Tahniah, Ana dapat masuk separuh akhir!” kata ayahnya. Farhana hanya tersenyum.

          ***

  Pada pertandingan separuh akhir..

   “Farhana!“jerit Puan Haliza.“Mengapa Puan?“soal Farhana  dengan gementar.“Ayah awak kemalangan"ucap Puan Haliza dengan lemah.“Ayah!“jerit Farhana.

           *****

  “Ayah, cepat sembuh ya. Farhana sayang ayah. Farhana tak nak kehilangan ayah. Farhana cuma ada ayah sorang je. Lepas ni siapa nak jaga Farhana?” luah Farhana sambil menangis.

   “A… n… a…,“ucap ayahnya lemah. 

“Ya ayah,” jawab Farhana sambil mengesat air matanya.

“A…n.. a janji bi… la Ana dah besar Ana jangan lupakan ayah dan ibu… A.. n… a belajar rajin-rajin…,” kata Encik Faizul lemah. 

Tit!

Ayah!” jerit Fathana .Farhana menangis dan memanggil ayahnya.

           *****

“Pemenang pidato tahun ini adalah SK Seri Jaya!” 

Farhana mengalirkan air matanya kerana terharu. Dia tersenyum gembira kerana dapat menunaikan hajat ayahnya yang terakhir iaitu dengan kejayaan yang dicapainya.

‘Kau adalah yang teristimewa, ayahku,’ bisiknya dalam hati.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: