Certot

Tentang Diriku

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL about 3 years agoSukan 18

Aku Ummi Nur Amira. Umurku 11 tahun. Aku mempunyai lima orang adik-beradik. Aku adalah anak bongsu. Kehidupanku sangat sengsara!

Adik-beradik kami hanya ada seorang lelaki iaitu abangku. Kerana dialah kehidupanku sengsara!

Kami sering bergaduh dan akhirnya aku yang akan dimarahi sedangkan abangku yang memulakan pergaduhan.

Semua yang abangku nak, ibu bapaku akan membelikannya. Tetapi bila aku meminta sesuatu benda, mereka tak akan membelikannya untukku. Segalanya untuk abangku saja.

Aku sering dipinggirkan. Aku berasa sangat sedih. Aku rasa seperti aku ni ialah anak angkat bagi keluarga ni. Aku berasa aku ni tak penting di dalam keluarga ini!

Aku melepaskan tekananku dengan bermain bola jaring bersama rakan-rakanku di gelanggang bola jaring. Aku sangat meminati sukan bola jaring. Sekiranya aku tidak bermain bola jaring, aku akan pergi ke tuisyen piano.

Ibu menyuruhku bermain piano. Ibuku juga mengharapkan aku dalam pertandingan piano. Dia berharap agar aku akan memenangi pertandingan itu.

Aku juga memasuki pertandingan bola jaring. Ibuku tidak menggalakkan aku untuk bermain bola jaring kerana ibu berkata ia membuang masa.

Aku tetap akan pendirianku. Aku memasuki juga pertandingan bola jaring itu. Aku memenangi kedua-dua pertandingan. Akhirnya, ibuku memahami diriku. Sekarang, dia menggalakkanku untuk buat segala yang aku inginkan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: