Certot

Telefon

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 2 years agoFiksyen 42


“Emma, jeng jeng jeng!” kata Riana. 

Emma hanya mengeluh panjang.

“Ceh! Baru beli Iphone 6 plus dah beli Samsung Galaxy A8 pula. Kau ni memang tak boleh lepas telefon dan beli telefon kan?” kata Emma. Dia sebenarnya cemburu kerana dia tidak pernah memiliki sebuah telefon. Usianya sudah pun 15 tahun, tetapi satu gajet pun tidak ada.

“Whatever,” kata Riana lalu beredar.

Riana terlalu suka pada laman sosial. Dia ada Instagram, Facebook, Twitter, Whatsapp, Telegram, Beetalk,  Kakaotalk, Line, Wechat, dan eh lupalah. Banyak sangat. Ibu bapanya pun tidak melarang Riana melekat dengan telefon 24 jam. 

Selfie apatah lagi? Gambar profil Facebook selalu ditukar. Kira-kira tujuh kali lima minit. Kadang-kadang dia tidak tidur langsung. Kadang-kadang apanya. Setiap hari dan dia selalu ponteng sekolah. Alasanya jumpa sahabat pena. Penalah sangat.

“Sykah Nuriana.”

“Tak hadir, cikgu.”

“Sudah lebih 60 hari tidak hadir.”

“Cikgu, Sykah lari rumah, emaknya kata.” Akhirnya Emma bersuara. Semua orang memandang Emma seakan-akan tidak percaya.

Emak Riana telah pun melaporkan kes itu di balai polis.

‘Umi, Sykah nak lari rumah sebab umi dan abah tak seronok. Sykah dah pergi rumah kawan Sykah kat Penang. Cari Sykah kat sana. Bye bye. Sincerely, Sykah Nuriana.’ Itulah pesanan yang ditingggalkan oleh Riana.

Setelah 40 hari misi pencarian Sykah Nuriana.

“Sykah!” jerit emak Sykah. Sykah yang sedang bermain dengan gajetnya berlari lintang-pukang.

Seorang wanita keluar dan menjerit.

“Cika… my daughter!” kata wanita tersebut. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: