Certot

Taylor Swift vs Meghan Trainor

Hasil nukilan Dhia 1 year agoFiksyen

“Tidak! Meghan Trainor lebih menyerlah daripada Taylor Swift? Nama pun seperti aiskrim cornetto..“kata Bella.

“Meghan Trainor itu berisi seperti kau! Taylor Swift kurus seperti aku,” tengking Zilla.

“Eh, eh! Kau itu kurus sangat,” balas Bella pula.

Mereka berdua bergaduh.

“Kamu berdua! Ikut saya ke bilik kaunseling!” arah Cikgu Zennate yang muncul secara tiba-tiba.

Bella dan Zilla yang terkejut akur.

 “Bella dan Zilla. Selebriti memang kadangkala cantik dan memiliki suara yang memukau. Namun, mereka sudah berjaya. Mereka sudah belajar bersungguh-sungguh. Meghan Trainor dan Taylor Swift belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi penyanyi. Oleh itu, jika kamu mahu jadi seperti mereka, kamu perlu berusaha sehingga berjaya, faham?” terang Cikgu Zennate.

Sejak hari itu, Bella dan Zilla sering kali bersama bagi mengecapi impian mereka.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: