Certot

Takut Bukan Halangan

Hasil nukilan Rose Syafiqah 2 years agoSukan 22

             

Dania merenung sendirian. Dia memikirkan perbualan dia dan ayahnya. Ya, ayahnya menyuruh dia memasuki pertandingan sukan di sekolahnya. Sudah berapa kali dia memasuki pertandingan sukan di sekolahnya. Dia hanya mendapat tempat keempat dan kelima sahaja.

Namun, pada kali ini ayahnya mendaftarkan namanya ke kelas sukan. Mahu atau tidak, Dania terpaksa mengikut arahan ayahnya.

*****

Sedar tak sedar, sudah seminggu Dania memasuki kelas sukan itu. Tinggal seminggu sahaja sebelum hari sukan sekolahnya bermula. Walaupun perasaan takut menguasai diri Dania, namun dia tetap berlatih bersungguh-sungguh.

*****

Akhirnya, hari sukan sekolah Dania bermula. Dania memasuki pertandingan lumba lari 200 meter dan lontar peluru. Dania sungguh gementar apabila dia ternampak seorang atlet sekolahnya satu barisan lariannya. Tetapi, itu bukanlah masalah bagi Dania. Dia tetap meneruskan lariannya.

Larian pun bermula. Pada mulanya, atlet sekolah itu berada di tempat yang pertama. Tetapi, atlet itu semakin lemah dan akhirnya pengsan. Pelari yang lain pun berlari dengan bersungguh-sungguh apabila melihat pesaing mereka tumbang. Dania juga bertungkus-lumus seperti pelari yang lain. Akhirnya Dania ternampak garisan penamat. Dania cepat-cepat meninggalkan pelari yang lain. Sampai sahaja di situ, Dania pun pengsan.

Dania membuka mata. Bagaimana dia boleh berada di bilik rawatan? Bukankah dia di padang? Rupa-rupanya Dania dibawa ke bilik rawatan akibat pengsan. Sukarelawan yang membawa Dania itu pun memberitahu Dania bahawa dia adalah juara pertandingan itu. Dania berasa sungguh gembira.

Akhirnya, Dania dinobatkan juara lumba lari 200 meter dan olahragawati sekolah. Ibu bapa Dania berasa sungguh bangga dikurniakan anak seperti Dania. Dania menjadikan prinsip ‘Takut Bukan Halangan’ sebagai pegangan hidupnya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: