Certot

Takdir Ilahi

Hasil nukilan Mei 2 years agoFiksyen

“Sara, bangun. Sudah mahu masuk pukul 5.30. Pergilah ambil wuduk, solat subuh dengan abang dan walid. Hari ni ummi dengan kakak period, jadi kamu pergilah solat,” ujar Puan Hana dengan bersungguh-sungguh sekali. 

“Ya. Sara tahu, ummi. Sara bangun sekejap sahaja lagi,” balas Sara dengan simpati sekali. 

Puan Hana tidak akan mudah mengalah. Dia ke bilik air dan mengambil segelas air dan ke bilik anaknya lagi. Dia duduk di hujung katil iaitu kaki Sara berada. Puan Hana merenjiskan air sejuk itu. Dengan serta-merta, Sara bangkit dan ke bilik air untuk mengambil wuduk. Puan Hana hanya tersenyum lalu ke dapur.

*****

Selesai solat subuh, Sara ke dapur untuk bersarapan. Dia menuangkan air milo di dalam cawan dan dua keping roti bakar diletakkan di atas pinggan. Habis bersarapan, Sara dan Zara menyarungi kasut sekolah mereka dan berjalan ke sekolah. Sara yang masih mengantuk itu terangguk-angguk ketika berjalan. Zara menolong membawa buku yang yang berada di tangan adiknya.

Sampai juga di sekolah, Sara melangkah ke kelas 5 berlian, iaitu kelas pertama. Di situ, dapat dilihat kisah pahit dan duka Sara bersama tiga kawan yang asyik bersama dan suka sakitkan hati semua orang iaitu Marsha Mirza, Yazmine Fariha, dan Aliya Firzanah. Sara memang benci mereka, tetapi dipedam seorang diri kerana semua tidak memahami isi hatinya.

“Assalamualaikum.” 

‘Bajet muslim konon,’ getus hati kecil Marsha.

“Waalaikumussalam,” jawab Aliya dengan senyuman. Marsha dan Yazmine sendiri tidak tahu kenapa Aliya baik sangat, tetapi diabaikan sahaja. Pembelajaran seperti biasa sehingga habis waktu sekolah. Sara seperti biasa akan diambil oleh Encik Hadi, ayah Sara.

*****

Keesokan harinya, Cikgu Zaini melangkah masuk ke kelas 5 berlian bersama seorang pelajar perempuan. Sara hanya merenung pen.

“Assalamualaikum,” sapa Cikgu Zaini.

“Waalaikumusalam, cikgu,” balas satu kelas 5 berlian.

“Hari ini kita ada murid baru. Sila perkenalkan diri,” pinta Cikgu Zaini kepada murid baru itu.

“Nama saya Betrina Lina. Panggil Bet sahaja. Saya berasal dari SK Bukit Megah dan saya pernah mendapat tempat ketiga, keempat, dan kelima,” ujar Betrina dengan senyuman.

“Okey, Bet. Awak boleh duduk di sebelah Sara,” balas Cikgu Zaini lalu memandang Sara yang duduk diam sahaja. Sara memandang Betrina dari atas hingga hujung kaki lalu memberikan senyuman.

Sara memberikan Betrina sebuah buku dan minta Betrina menjawab semua yang terkandung dalam buku itu. Betrina mengangguk lalu menjawab semua soalan itu dengan pantas. Selesai itu, dia pulangkan semula kepada Sara yang tersenyum. Sara membuka helaian terakhir lalu tersenyum. Dia terus tersenyum. 

Sejak hari itu bersama Betrina dan betul apa orang kata. Jika kita bersabar, Allah akan takdirkan seseorang untuk menemani hidup kita. Dan itulah kisah Sara bersama Betrina yang berjaya mendapat 6A dalam UPSR.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: