Certot

Taekwondo vs Silat

Hasil nukilan Kaelyn 1 year agoSuperhero 45


Pada pagi itu, geng taekwondo membuat keputusan untuk membeli barang keperluan taekwondo. Ini disebabkan mereka ada perlawanan pada bulan depan di Pulau Pangkor. Semasa membeli-belah,  Alesya ternampak musuh mereka iaitu geng silat. Pada masa yang sama Aini dari pasukan silat juga ternampak pasukan taekwondo. Alesya dan rakan-rakannya segera menghampiri Aini. 

Selepas itu, Alesya berkata, “Apa yang korang semua buat di sini?” 

“Ehh… sepatutnya kita orang yang tanya korang. Apa yang korang buat di sini?” kata Aini. 

“Okey, fine!” kata Alesya. 

Belum sempat Alesya mahu menyambung kata-katanya, Haikal terus menyampuk lalu berkata   “Sudahla tu. Kita tak payahla bergaduh dekat sini. Ramai orang tengok.” 

“Yelah,” kata Aini dan Alesya serentak. 

Selepas itu,semuanya bersurai.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba sahaja Aini dan Alesya diculik.  Aini dan Alesya sempat lagi berbincang bagaimana untuk memaklumkan kepada rakan-rakan yang lain petunjuk di mana tempat mereka diculik.  Sungguh licik Aini dan Alesya. Noriah yang perasan Aini dan Alesya meninggalkan petunjuk dimana mereka berada segera memberitahu rakan-rakan yang lain. Geng Taekwondo dan Geng Silat terkedu mendengar kata-kata Noriah. 

Adam terus berkata, “Mari kita semua bergabung tenaga untuk menyelamatkan Aini dan Alesya,” kata Adam dengan cepat. 

 “Apa?” kata Pasukan Taekwondo dan Pasukan Silat serentak. 

 “Kita sudah tiada masa lagi,” kata Adam. 

Semua orang berdiam diri sambil berfikir. Akhirnya, mereka bersetuju dengan cadangan Adam demi menyelamatkan Aini dan Alesya. Mereka semua pun mengikut lokasi ke arah tempat Aini dan Alesya diculik.

Semasa mereka tiba, kelihatan dua orang pangawal sedang mengawasi pintu masuk. Noriah terus mengarah Haziq, Harisya, Haris, dan Irdina untuk melawan dua orang pengawal itu. Pada masa yang sama Adam, Ina, Asmawi, Kaelyn, Noriah, Ismawi, dan Azril memasuki semasa dia orang tengah lawan. Strategi Noriah berjalan dengan lancar. Semua penjahat itu tewas. Azril segera menelefon polis. Semua penjahat itu terus dibawa ke balai polis.

    Sejak kejadian itu, pasukan taekwondo dan pasukan silat sudah meminta maaf sesama sendiri. Mereka semua sudah pun berbaik. Pasukan silat juga pergi ke Pulau Pangkor untuk menyokong pasukan taekwondo. 

Selepas selesai perlawanan   Asmawi mengajak rakan-rakannya untuk mandi di pantai. Semuanya bersetuju dengan cadangan Asmawi. Mereka semua menukar pakaian masing-masing. 

Sewaktu mereka mandi- manda di pantai tiba-tiba sahaja Irdina dan Harisya berkata, “Apa kata kita tubuhkan kumpulan baru?” 

“Setuju!” Hampir serentak mereka semua bersuara. 

Tiba-tiba sahaja Ismawi menyampuk, “Apa nama kumpulan kita?” 

Semua orang terdiam.   Beberapa minit kemudian…. 

 “Haa…tiba-tiba Ina mendapat idea.” 

“Apa dia?” tanya semua orang. 

 “Hero heroin!” kata Ina dengan bersemangat. 

Akhirnya semua orang bersetuju dan mereka semua menjadi kawan baik.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: