Certot

Tabahnya Seorang Wanita yang Bergelar ISTERI

Hasil nukilan Erdina Zukira3 years agoFantasi 71

Puan Riena dan Encik Rafiq adalah pasangan suami isteri.

Encik Rafiq seorang wartawan, manakala Puan Riena pemilik salun yang terkenal. Mereka telah berkahwin selama tiga bulan. Masing-masing sibuk dengan urusan mereka. Namun begitu, Puan Riena sentiasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Sebab itulah , mereka kekal bahagia.

Puan Riena berasa tidak sihat. Dia muntah-muntah. Dia berasa risau dan terus bersiap untuk ke klinik. Dia khuatir makin lama  akan merebak. Sampai sahaja di klinik, Puan Riena mendaftarkan diri dan tunggu di tempat yang disediakan.  Seorang jururawat keluar dan memanggil nama Puan Syarifah Shariena Alfia. Puan Riena bangun dan meneruskan langkahnya.  Doktor mengesahkan bahawa Puan Riena mengandung satu bulan. Betapa bahagianya Puan Riena ketika itu. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu suaminya.

Sampai di rumah, Puan Riena turun ke dapur dan menyediakan juadah untuk suaminya. Honda Accord telah masuk ke  rumahnya. Itu ialah Encik Rafiq. Puan Riena telah siap menunggu di hadapan pintu. Dia mengambil briefcase suaminya ke dalam rumah seperti biasa. Puan Riena menjemput suaminya makan.

Mereka ke dapur lalu makan. Selesai makan, Puan Riena mencuci pinggan. Encik Rafiq membaca surat khabar di ruang tamu. Puan Riena menghala ke ruang tamu dan duduk di sisi suaminya. Dia memberitahu bahawa dia hamil. Encik Rafiq sungguh gembira lalu memeluk isterinya.

Seminggu telah berlalu, Encik Rafiq telah diarahkan untuk bertugas di Gaza selama lapan bulan. Puan Riena sungguh bimbang akan suaminya. Namun begitu, dia merelakanya .Sebelum berangkat, Encik Rafiq berpesan kepada isterinya supaya sentiasa menjaga kesihatan. Ibu dan bapa mertuanya juga ada di rumah mereka kerana dia menyuruh mereka menjaga Riena. Betapa sayangnya dia akan isterinya.

*****

Lapan bulan berlalu, Puan Riena menerima berita daripada pihak polis bahawa suaminya telah mati kerana dibom ketika di Gaza. Puan Riena menangis teresak-esak lalu terduduk. Ibunya bergegas ke arahnya. Puan Riena menceritakan kepada ibunya. Tiba-tiba , darah mengalir di atas lantai.

Puan Riena dibawa ke hospital. Dia telah melahirkan seorang bayi perempuan dan diberi nama Nur Rafiqa Ariana binti Mohd Rafiq. Puan Riena telah pulang ke  rumah. 

Dia dijaga oleh ibubapa dan mentuanya. Dia redha atas pemergian suaminya dan berjanji akan menyayangi Fieqa sepenuh hatinya. 



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: