Certot

Tabahnya Hati Papa

Hasil nukilan Afrina Fatini Mohd Farid2 years agoSuperhero 14

             

Tersebutlah sebuah kisah tentang sebuah keluarga yang sederhana. Keluarga tersebut terdiri daripada seorang bapa yang kacak, tegas dan berhemah tinggi. Seorang ibu yang cantik, rupawan dan berkarisma tinggi serta seorang anak yang manja, baik hati dan berwibawa, dan juga dikenali sebagai Kakna. Namun, ayah berusaha untuk memberi kebahagian yang lebih baik kepada diriku dan ibuku. Ternyata usaha ayah tidak tersia-sia begitu sahaja. Namun, aku langsung tidak menghargai jasanya, kerana bagiku ayah adalah orang luar dalam hidupku.

    Pada suatu hari, ayah mengajakku bersiar-siar sambil membeli makanan dan barang keperluan bersamanya. Aku terpaksa mengikutnya bersiar-siar kerana ibu pergi berkursus di Kuantan atas urusan pekerjaannya. Dan mungkin kerana pada ketika itu aku baru sahaja berumur sembilan tahun, ibu bapa mana yang mahu meninggalkan anak gadisnya sendirian di rumah. 

Kami pulang lewat malam kerana hujan lebat dan banyak barang yang dibeli. Ditambah pula dengan urusan yang perlu diselesaikan. Dalam perjalanan pulang aku menanggalkan tali pinggang keledarku. Lalu ayah menyuruhku memakai tali pinggang keledar tersebut semula. Namun, aku berdegil dan memberi alasan kepada ayah bahawa aku tidak selesa. Kebetulan di satu selekoh tajam kelihatan seorang pemandu lori yang mabuk sedang memandu lorinya dengan laju dan tidak dapat mengawal lorinya mengakibatkan kami bertembung.

    Akibat daripada pertembungan itu, berlakulah satu kemalangan yang mengakibatkan kecederaan kepada diriku dan bapaku. Aku mengalami kecederaan parah. Kakiku patah dan akibat daripada kemalangan itu juga aku mengalami kecederaan parah di kepala. Kami dihantar ke hospital yang berdekatan dengan segera.

    Aku dimasukkan ke hospital untuk masa yang agak lama. Ayah mengorbankan masanya untuk menjagaku di hospital. Ayah yang sedih hanya mampu memeluk badanku erat. Setelah berminggu-minggu aku terlantar di hospital, aku mula menunjukkan reaksi positif. Aku mula berjalan, tetapi dengan menggunakan tongkat. Namun ayah dan ibu hanya mampu tabah berdoa dan mengharapkan keajaiban dari Tuhan. Ayah sentiasa menjagaku di hospital. Melihat riak wajah ayah aku tahu yang ayah amat rindukan kerenah anaknya yang mencuit hatinya dan degil. 

Pada suatu hari yang panas, aku meminta kepada ayah aiskrim, namun ayah hanya berdiam diri sahaja. Kerana ayah tahu yang aku sedang demam, aiskrim akan menambahkan demamku dan memudaratkan kesihatan diriku. Di suatu musim sejuk aku mengajak ayah berjalan ke tempat panas, lalu ayah menarik kuat tanganku sehingga melukai tanganku kerana ayah tahu tempat tersebut berdekatan dengan sebuah kilang yang terbakar teruk. 

Suatu hari, aku kecewa kerana ayah membuang mainan kesukaanku kerana bagi ayah, mainan yang tajam itu sudah berkarat dan boleh memudaratkan keselamatan diriku. Namun,aku tidak memberi peluang sedikit pun kepada ayah untuk menerangkan apa yang terdetik di hatinya.

  Saat-saat yang paling bahagia buat ayah adalah apabila anaknya bahagia dan berjaya dalam kehidupannya,d an apa yang membuat ayah berasa terseksa apabila dia melihat anaknya terkurung di dalam bilik dan berdiam diri. Ayah sentiasa berada di sampingku. Setiap hari ayah bangun awal pagi dan berdoa agar diriku cepat sembuh. Ternyata usaha ayah yang bangun awal untuk mendoakanku agar kakiku dan kepalaku yang luka akan sembuh. 

Pada esok harinya aku bangun pagi dengan penuh perasaan terkejut kakiku yang dulu patah kini sudah pulih. Luka di kepalaku sudah hilang. Lalu aku berjumpa dengan ayah dan memeluknya sambil berkata, “Terima kasih ayah kerana tabah menjaga saya sepanjang saya sakit.”

    Beberapa tahun berlalu, dan aku semakin membesar. Dan kini, aku sudah berusia 11 tahun .teringat pula kisah-kisahku semasa masih berumur tujuh tahun hingga 10 tahun. Dan kini, aku sudah meningkat remaja. Namun ketika aku masih anak  gadis kecil, aku jarang meluangkan masa bersama ayah kerana ayah jarang berada di rumah.

    Mungkin dulu ibu yang lebih kerap meluangkan masa bersama diriku. Kerana sebaik sahaja ayah pulang daripada bekerja, dengan wajah yang lesu dan amat penat. Tetapi, sebaik sahaja ayah pulang dia akan menanyakan khabar tentang  diriku dan apa yang aku telah lakukan sepanjang hari. 

Pada saat diriku masih anak gadis kecil, ayah akan mengajar aku mengayuh basikal dua roda yang dibeli oleh atuk aku semasa hari jadi ku yang ketujuh. Dan setelah ayah merasa diriku boleh mengayuh basikal sendiri dia akan melepaskanku, dia akan membiarkan aku mengayuh basikal sendiri. Dan pada saat itu ibu akan berkata, “Jangan biarkan budak itu mengayuh sendiri.’’ Ibu takut aku jatuh lalu terluka, namun ayah dengan yakin membiarkanku, menatapku, dan menjagaku mengayuh basikal dengan yakin kerana dia pasti bahawa aku boleh melakukannya.

      Dan pada saat aku merengek meminta mainan baharu ayah akan mengatakan tegas, “Boleh kita beli nanti, tapi bukan sekarang,” kerana ayah tidak mahu aku dimanjakan dengan kehendak aku. Ayah tahu dengan menunaikan kehendak aku ia boleh mempengaruhi masa hadapanku. 

Di saat ku mengalami demam panas, ayah adalah orang pertama yang amat merisaukan tentang kesihatan diriku hingga kadang ayah sedikit membentak dengan berkata, “Sudah ayah pesan! jangan selalu makan aiskrim.” 

Berbeza dengan ibu yang sering menjaga dan menasihati diriku dengan penuh lembut. Namun, aku tahu bahawa ayah amat risaukan tentang diriku. Dan pada hari yang aku berharap bahawa ayah akan datang  untuk melihat anaknya melakukan persembahan, ayah membuat hatiku kecewa kerana ayah tidak hadir pada hari itu. Namun aku tahu ayah tidak hadir pada hari itu kerana ayah pergi melihat pak cik ku yang sedang sakit di hospital, tetapi terdetik di hati ayah untuk hadir ke persembahan tersebut. Mungkin bila aku sudah remaja, dan aku meminta izin kepada ayah untuk keluar malam bersama rakan-rakanku, ayah akan mengatakan tegas kepada aku ‘tidak boleh!’ kerana bagi ayah aku adalah satu-satunya harta yang paling berharga dalam hidupnya selain ibuku. 

Lalu aku pun memarahi ayah dan aku terus masuk ke dalam bilik dengan perasaan yang marah dan pada saat itu orang yang akan memujuk aku adalah ibuku. Aku tahu ayah yang memaksa ibuku memujukku. Dan terdetik dihati ayah untuk menunaikan kehendak aku, akan tetapi ayah tahu  aktiviti keluar malam itu boleh memudaratkan keselamatan aku.

Dan bila aku naik ke atas pentas dan memegang sijil yang bernama ijazah. Orang yang akan bangga dengan diriku adalah ibu bapa dan keluargaku. Ayah akan bangga  dengan diriku kerana dia dapat melihat anaknya berjaya dalam kehidupan.

 Dan bila aku menaiki pentas pelamin ayah akan bangga melihat anak perempuannya berpakain cantik bersama seorang lelaki. Ayah berasa gembira melihat aku bersama seorang lelaki yang ayah yakin boleh membahagiakan aku.

      Maka begitulah kisah  mengenai seorang bapa yang tabah dan setia menjaga anak perempuannya. Dan demikianlah, kisah tentang pengorbanan dan perjuangan seorang bapa yang tidak pernah disedari oleh aku selama ini.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: