Certot

Tabahlah

Hasil nukilan Wafa Wardah 2 years agoFiksyen 12

Di sebuah rumah banglo besar di atas bukit, terdapat seorang gadis jelita yang bernama Anis, bersama keluarganya iaitu Datin Liza dan Dato’ Kamal.

Pada suatu petang, Anis dan ibunya sedang melihat album gambar Anis semasa kecil. Tiba-tiba terlintas sesuatu yang penting hendak diberitahu kepada Anis. 

“Anis, ibu rasa Anis perlu tahu tentang perkara ini.” 

Selepas mendengar kata-kata ibunya tadi, hati Anis menjadi tidak senang. 

“Perkara apa ibu?” tanya Anis dengan perasaan hendak tahu. 

“Sebenarnya, ibu bukan mak kandung kamu. Mak kamu sebenarnya kawan karib mak dulu. Tapi, Mak kamu sudah arwah. Pada suatu hari, mak kamu pergi ke pekan bersama ayah kamu. Niat mereka hendak membeli barang keperluan. Mak kamu minta tolong ibu yang jagakan kamu. Sebab ibu juga jirannya. Tetapi, mereka telah dilanggar lari.” 

Menitis air mata Anis bila mendengarkan kisah itu.

Walaupun Anis sedih, namun apabila dia teringatkan cerita itu, dia memberikan kata-kata semangat kepada dirinya untuk terus tabah dan terima ujian ini.

‘Aku tahu ini ujian daripada Tuhan dan aku tahu Tuhan akan memberikan yang terbaik padaku selepas ini. Aku harus tabah.’

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: