Certot

Syah

Hasil nukilan Syahkitty 1 year agoFiksyen 11

  Aku Syah. Aku suka sangat dengan warna hitam. Boleh dikatakan aku obses. Bagi aku, ia membuatkan aku rasa kehilangan. Kesedihan yang aku alami akan lenyap. Unik, bukan? Aku sangat membenci warna yang terang seperti merah dan kuning.

  Suatu hari, aku terlanggar seseorang. Seseorang yang baik dan bersopan santun. Lelaki. Aku dapat melihat ramai perempuan mengarah pandangan mata terhadap lelaki ini. Menyampah aku.

“Maafkan saya. Saya terlanggar awak tadi,” kata lelaki itu. 

Awak? Dia panggil aku awak. “Panggil kau aku. Gelilah panggil saya awak,” kataku. 

Lelaki itu tersenyum. Mungkin dia berasa lucu agaknya.

“Baiklah. Nama kau siapa?” tanya lelaki itu sambil tersenyum. 

“Nama aku Syah,” balasku ringkas kataku.

“Aku Hafeez,” balasnya pula. ‘Unik perempuan ini,’ desis hati Hafeez. Aku berlalu pergi begitu sahaja tanpa menghiraukan Hafeez lagi.

  Aku ada tujuan datang ke situ. Bukan untuk berfoya-foya. Aku mahu membeli buku genre seram buat mengisi masa lapangku yang membosankan. Aku sukakan kesibukan. Entahlah. Biarlah aku jadi pelik. Hidup aku bukan hidup kau.

“Syah!” jerit seseorang. 

Syah pasti itu Hafeez.Benar tekaannya. Hafeez sedang mengejarnya dari jauh.

“Kau unik. Boleh tak aku jadi kawan kau?” tanya Hafeez.

“Boleh.” Aku memang jenis tidak berkira kalau ada orang hendak jadi kawan. Tapi sahabat, tengok dahulu.

“Kau hendak ke mana?” tanya Hafeez.

“Kedai buku. Kenapa kau tanya?” kataku dengan nada kasar. Aku memang tidak suka bercakap dengan lelaki, dengan perempuan pun jarang.

“Sengaja, tidak boleh?” Hafeez membalas dengan sinis. 

“Boleh sahaja.” Mereka berdua diam membisu dan memasuki kedai buku bersama-sama.

  Sejak hari itu, mereka berdua semakin rapat….

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: