Certot

Surat Terakhir untuk Liyya

Hasil nukilan Musyirah Razali 2 years agoSuperhero 7

Tok! Tok! Tok!

 “Liyaa, oh Liyya. Buka pintu sekejap. Ayah nak masuk ini,” kata ayah Liyya sambil terus mengetuk pintu anaknya.

“Liyya bukalah. Ayah nak masuk ini. Eh, tak berkunci? Liyaa!” kata ayah Liyya dengan cemas lalu masuk ke bilik anaknya dengan pantas. Melihat Liyya terbaring tidak menyedarkan diri, berjaya merisaukan ayahnya itu.

“Liyya! Bangun Liyya! Janganlah mati!”

“Okey. Stop! Semua rehat dulu ya?” kata ibu Liyya.

“Ibu dah buat minum petang ini, jom makan dulu. Nanti sambunglah balik drama kamu berdua itu.”

“Baik ibu! Jomlah ayah! Liyya dah lapar,” kata Liyya sambil memegang perutnya.

“Yalah. Ayah pun sudah lapar. Jom makan dulu, nanti kita sambung balik ya?” kata ayah Liyya yang bersutuju. Mereka pun turun ke bawah sambil memegang tangan.

*****

Jadi, itulah serba-sedikit mengenai keluarga aku. Sporting bukan? Hobi ayah aku adalah berlakon. Aku pun berkongsi minat yang sama seperti ayah aku. Oh ya, aku terlupa nak memperkenalkan diri. Nama aku, Nur Liyya Safiyati Irdina Hammirna Zulaikha Arminah Syahirah Zakinah binti Mohd Hassan. Panjangkan nama aku? Tapi kalau cikgu panggil nama aku, dia panggil ‘Nur Liyya Safiyati’ atau ‘Liyya’ je. Aku suka nama kau sebab panjang, barulah unik sedikit daripada pelajar yang lain. 

Nama ayah aku dan ibu aku pun boleh tahan panjang. Nama ayah aku yang sebenar adalah Mohd Hassan Jamali Suhail Rashid Mujahid bin Abdul Hamid. Nama pendek dia Mohd Hassan je. Nama ibu aku pun boleh tahan panjang tau. Nama ibu aku adalah Siti Zubaidah Harzikha Solehah Muizzah Khaulah Asma binti Abdul Rashid Hamid. Hebatkan nama keluarga aku? Jadi itulah serba-sedikit mengenai keluarga aku. 

Oh, terlupa mahu cakap. Sebenarnya aku adalah anak tunggal. Sebab itu aku lebih rapat dengan ibu bapaku. Sebab dah tiada adik-beradik lain. 

*****

Selesai minum petang

Allahuakhbar! Allahuakhbar! 

“Liyya, jom solat asar. Ayah jadi imam.”

“Okey, ayah! No problem! Liyya nak ambil wuduk dulu. Ayah tunggu sekejap,” kata Liyya dengan akur lalu menuju ke tandas. Selesai mengambil wuduk, Liyaa kembali ke ruang tamu dan memakai telekung lalu berdiri di sebelah ibunya.

“Allahuakhbar!”

“Assalamualaikumwaramatullah, assalamualaikumwaramatullah.”

Selesai solat.

“Liyaa, sebenarnya ayah mahu beritahu sesuatu. Ayah mahu Liyaa janji dengan ayah. Nah, ini suratnya. Jangan buka sampailah ayah meninggal.” Ada sedikit suara serak di tepi percakapan ayah Liyya. Sedih hatinya.

“Baiklah, ayah. Liyya akan janji.”

*****

Sebulan kemudian, ayah Liyya dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung.

‘Ayah, tolonglah bertahan. Liyya tidak mahu kehilangan ayah. Bertahanlah ayah!’ kata Liyya dalam hati. Dia risau memikirkan ayahnya yang sedang dibedah.

“Puan. Saya perlu berbincang dengan puan. Anak puan pun boleh masuk sekali,” kata doktor yang bertugas untuk pembedahan.

“Baik, doktor. Jom Liyya!” kata ibu Liyya.

*****

Di bilik doktor.

“Puan, kami minta maaf. Kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan suami puan, tetapi tidak berhasil. Sekarang, kita mampu mendoakan semoga arwah selamat di alam barzakh. Al-Fatihah,” kata doktor dengan suara yang sayu.

“Apa? Ayah meninggal? Ayah!” kata Liyya sambil menjerit.

*****

Dua bulan setelah kematian ayah Liyya

“Liyya, Liyya tidak mahu bukak surat yang ayah bagi itu ke?”

“Oh, Liyya terlupalah pula ibu. Liyya ambik surat itu dulu,” kata Liyya lalu berlari masuk bilik. Setelah menjumpai surat itu, Liyya pergi ke ruang tamu balik.

Liyya membaca surat itu dengan fokus. Di surat itu tertulis,

      Ke hadapan anakku, Liyya dan isteriku tercinta. 

Ayah mahu minta maaf jika ada salah-silap yang ayah buat pada kamu berdua. Ayah sudah lama memaafkan kamu berdua. Sekarang, giliran kamu berdua untuk memaafkan ayah. Ayah harap, Liyya dan ibu sentiasa ceria walaupun ayah sudah tiada. Maafkan ayah ya?

Yang benar,

Ayahmu dan suamimu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: