Certot

SUPER PAPA

Hasil nukilan Nurul Nadhirah Mohd Ali 2 years agoSuperhero 32

“Ayah, bolehlah. Lysha nak pergi keluar dengan kawan-kawan!” rayuku. Tetapi ayah tetap berkeras tidak membenarkanku untuk menyertainya. 

Aku mengeluh panjang lalu segera ke bilikku. Setibanya di sana, aku melepaskan geram pada patung beruangku. “Arrgh!” jeritku sambil menekupkan muka ke bantal.

Disebabkan penat melepaskan geram, aku terlelap. Ketika aku tersedar daripada lena, aku terus pergi ke mejaku lalu mencapai buku nota. Entah bagaimana, aku terfikir untuk keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan orang tuaku. Terus aku merancang lalu menulisnya dalam buku nota itu.

*****

Pada keesokan harinya, aku ke sekolah seperti biasa. Bezanya kali ini, aku terus bermasam muka pada ayahku. Biasalah anak manja. Setibanya di sekolah, rakan-rakan karibku sambung merancang rancangan untuk meluangkan masa pada esok hari.

“Lysha, esok awak boleh datang tak?”

“Mestilah boleh,” jawabku sambil mengukir senyuman plastik.

*****

Setibanya di rumah, aku terus merancang rancanganku dengan lebih teliti. Akhirnya hari yang aku nanti telah pun tiba. Nasib menyebelahiku kerana ayah dan ibuku pergi membeli-belah di pasar raya. Tanpa berlengah lagi, aku keluar senyap-senyap dari pintu belakang rumahku. Ketika aku melalui lorong yang agak gelap, aku rasa seperti diperhatikan.

Ketika tiba di destinasi, aku tercari-cari kelibat rakanku. Disebabkan penat mencari, aku cuba untuk menghubungi rakanku. Aduh, hampa betul perasaanku apabila Sofea mengatakan yang mereka tidak jadi untuk keluar bersama pada hari ini. Menyesal sungguh. Mungkin aku terlalu sibuk merancang sehingga tidak perasan mesej yang Sofea hantar kepadaku malam semalam.

Ketika perjalanan pulang dari pasar raya, seorang peragut cuba meragutku. Lalu terjadilah pergelutan antara aku dengan peragut itu. Secara kebetulan, ayahku melalui lorong itu lalu cuba membantuku. Akhirnya peragut itu meyerah apabila ayahku menendang tepat pada perutya lalu menghulurkan beg tanganku yang diragutnya. Oleh sebab berlaku pergelutan yang agak ganas, tangan ayahku luka di bahagian sikunya.

Dengan perasaan terharu, aku memeluk ayahku erat lalu mengalirkan air mata. Selepas itu, kami pulang ke rumah. Aku berjanji untuk mengubati tangan ayahku sendiri. 

“Papalah superhero terheba!” jeritku. Aku terlihat senyuman ayahku yang jarang benar menghiasi bibirnya. “Terima kasih, papa.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: