Certot

Superhero Selfie

Hasil nukilan AMIRAH BATRISYIA 2 years agoSuperhero 7

Hari yang cerah untuk membuat rondaan, kelihatan dua orang superhero bersama-sama telefon pintarnya. 

‘Hai, mana tuan pengurus ini? Tak apalah, baik saya selfie dahulu.’ Begitulah ayat yang sering disebut oleh dua orang superhero tersebut. 

Superhero perempuan yang bernama Super 4G mengambil gambarnya dan memuat naik gambar tersebut dengan status ‘Lambatnya tuan pengurus ini, tunggu sampai mahu tertidur’.

 Seorang lagi superhero lelaki yang bernama Super H+ juga mengambil gambarnya dan memuat naik gambar tersebut dengan status yang sama juga ‘Lambatnya tuan pengurus ini, tunggu sampai nak tertidur’.

 Super 4G ternampak status Super H+ yang sama denganya. 

“Hei, kenapa awak tiru status saya?” tengking Super 4G kepada Super H+. 

“Suka hati sayalah. Apa hal dengan awak?” kata Super H+, selamba.

 “Boleh pula awak cakap begitu. Rasakan ini, bebola ikan api.” Super 4G terus menghantar serangan. 

“Perisai Mak Cun!” Super H+ mempertahankan dirinya dengan perisai. 

“Nah ambil ni pula, ayam goreng ais.” Super 4G menghantar serangan lagi. 

“Argh, tidak adil, asyik awak sahaja serang,” kata Super H+, menunjuk ketidakpuasannya.

“Tolong, tolong.” 

“Eh, suara awak ya?” tanya Super 4G kepada Super H+. 

“Hei, suara saya bukannya macam perempuan,” marah Super H+ apabila dikatakan suara itu miliknya. 

“Kalau begitu, mari kita tengok,” ajak Super 4G. 

Mereka berdua berlari dengan pantas, ye la kuasa mereka berlari dengan pantas, sepantas internet 4G dan H+. Kelihatan seorang wanita yang terlantar di atas jalan. 

“Tolong saya, saya kena ragut oleh lelaki itu,” kata wanita itu sambil menunjuk ke arah dua orang lelaki. 

Kemudian, seorang lelaki mengejar peragut tersebut. Akhirnya, peragut tersebut berjaya ditangkap. 

“Oh ya, tadi kenapa kamu berdua tidak menolong saya, sedangkan kamu berdua kan superhero?” tanya wanita itu. 

“Mak cik tersalah ni, kami memang superhero, tapi kami superhero selfie,” kata mereka berdua serentak.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: