Certot

Superhero Memang Wujud

Hasil nukilan Aliff Iman about 2 years agoSuperhero

Akil ialah seorang budak lelaki yang sukakan superhero seperti Spiderman, Iron Man, dan Cicak Man.

  Pada suatu hari, Akil, Mia, dan Amirul bermain di taman. Selepas Akil dan kawan-kawannya siap bermain, Akil bertanya kepada kawan-kawannya, “Adakah superhero wujud?” 

Mia dan Amirul ketawa, lalu Amirul menepuk bahu Akil dan memberitahu Akil yang superhero tidak wujud.

  Apabila Akil balik ke rumah, Akil tanya kepada dirinya, “Betulkah apa yang amirul kata tadi?” Akil pun membuka televisyen di rumahnya. Akil menonton rancangan yang Akil suka iaitu The Amazing Spiderman. 

******

   Pada keesokan harinya, Akil baru teringat bahawa hari lahirnya hampir tiba. Disebabkan hari lahirnya hampir tiba, Akil sangat gembira. Akil bercadang untuk membuat majlis bertema superhero.

   Hari lahir Akil telah tiba. Hari lahir Akil sungguh meriah. Akil mendapat hadiah daripada ibu bapanya dan kawan-kawannya. Akil mendapat patung superhero daripada Mia dan Amirul. Akil berterima kasih kepada Mia dan Amirul. 

Disebabkan Akil mendapat patung superhero Akil mula bertanya kepada ayahnya, “Adakah superhero wujud?” 

Ayah Akil  berkata, “Superhero memang wujud!” 

Kawan-kawan Akil termasuk Akil, Mia, dan Amirul terkejut.  

Ayah Akil berkata, “Maksud ayah ialah contohnya polis, doktor, dan bomba.” 

Kini Akil faham superhero tidak semestinya ada kuasa. 

“Besar nanti Akil mahu jadi polis, boleh jadi superhero.” 

Semua orang dimajlis itu ketawa.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: